Wahai ‘Adi bin Hatim, peluklah Islam, maka kamu akan selamat

TEKS BAHASA ARAB

يا عدي بن حاتم! أسلم تسلم فقلت: يا رسول الله ما الإسلام؟ قال: تؤمن بالله وملائكته، وكتبه ورسله وتؤمن بالقدر خيره وشره وحلوه ومره يا عدي!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Adi bin Hatim, peluklah Islam, maka kamu akan selamat. Saya (‘Adi) bertanya : Wahai Rasulullah, apakah itu Islam. Baginda bersabda : Islam adalah kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya (utusan) dan juga beriman dengan ketentuan sama ada yang baik atau yang buruk, yang manis atau yang pahit wahai Adi.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1085, hadis nombor 5521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًّا) عن عامر الشعبي قال: قدم عدي بن حاتم الطائي الكوفةَ، فأتيته في أناس من أهل الكوفة فقلنا له: حدِّثْنَا بحديث سمعتَهُ من رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: بعث رسول الله صلى الله عليه وسلم بالنبوة ولا أعلم أحدا من العرب كان أشد له بغضا ولا أشد كراهيةً مني حتى لحقت بالروم فتنصرت فيهم. فلما بلغني ما يدعو إليه من الأخلاق الحسنة وما قد اجنمع إليه من الناس ارتحلت حتى أتيته فوقفت عليه وعنده صهيب وبلال وسلمان، فقال: يا عدي بن حاتم، أسلِمْ تسلَمْ. فقلت: أخ أخ، فأنخت وجلست وألزقت ركبتي بركبته، فقلت: "ما الإسلام؟" قال: تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله وتؤمن بالقدر خير وشره، حلوه ومره يا عدي. [طب، ابن عساكر، الضعيفة (6488)].

(Sangat lemah) Daripada ‘Amir al-Sya‘bi, beliau menceritakan, ‘Adi bin Hatim al-Ta’i datang ke Kufah, maka saya bertemunya dalam perhimpunan penduduk Kufah. Kami meminta kepadanya: Sampaikanlah kepada kami sebuah hadis yang kamu dengar daripada Rasulullah SAW. ‘Adi berkata: Rasulullah SAW diutuskan dengan kenabian, tiada orang Arab yang lebih benci dan menyampah kepada Baginda selain aku. Aku pergi ke Rom, dan menjadi Kristian di sana. Apabila aku mendengar orang ramai menceritakan berkenaan Baginda menyeru kepada moral yang baik, dan perkara lain yang menyebabkan pengikut Baginda bersepakat menyokongnya, saya pun segera bertolak untuk menemui Baginda. Ketika saya bertemu Baginda, Suhaib, Bilal dan Salman ada di sisinya. Baginda berkata, Wahai ‘Adi bin Hatim, peluklah Islam, maka kamu akan selamat. Saya berkata : Aduh, lalu saya pun mendekati Baginda, duduk di hadapannya dan merapatkan lutut saya dengan lutut Baginda. Wahai ‘Adi bin Hatim, peluklah Islam, maka kamu akan selamat. Saya (‘Adi) bertanya : Wahai Rasulullah, apakah itu Islam. Baginda bersabda : Islam adalah kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya (utusan) dan juga beriman dengan ketentuan sama ada yang baik atau yang buruk, yang manis atau yang pahit wahai Adi. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6488]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs