Wahai Adam! Bagaimana engkau tahu tentang Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?

TEKS BAHASA ARAB

لما اقترف آدم الخطيئة، قال: يا رب! أسألك بحق محمد لما غفرت لي. فقال الله: يا آدم! وكيف عرفت محمدا، ولم أخلقه؟ قال: يا رب! لما خلقتني بيدك، ونفخت في من روحك؛ رفعت رأسي، فرأيت على قوائم العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك. فقال الله: صدقت يا آدم! إنه لأحب الخلق إلي، ادعني بحقه، فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Adam mengakui kesalahannya, Adam berkata: Ya Tuhan! Aku meminta kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau memberikan keampunan kepadaku. Lalu Allah berfirman: Wahai Adam! Bagaimana engkau tahu tentang Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Adam menjawab: Wahai Tuhan! Ketika Engkau menciptakanku menggunakan tangan-Mu dan Engkau meniupkan roh-Mu ke dalamKu, aku mengangkat kepalaKu lalu aku melihat pada tiang-tiang ‘Arash tertulis: “Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah”, maka aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyandarkan kepada nama-Mu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai. Allah pun berfirman: Engkau benar, wahai Adam! Dia adalah makhluk yang paling Aku cintai, berdoalah kepada-Ku menggunakan haknya, Aku telah memberikan keampunan kepadamu. Kalaulah tidak kerana Muhammad, pasti Aku tidak akan menciptakanmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis nombor 7113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: لما اقترف آدم الخطيئة، قال: يا رب! أسألك بحق محمد لما غفرت لي. فقال الله: يا آدم! وكيف عرفت محمدا، ولم أخلقه؟ قال: يا رب! لما خلقتني بيدك، ونفخت في من روحك؛ رفعت رأسي، فرأيت على قوائم العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك. فقال الله: صدقت يا آدم! إنه لأحب الخلق إلي، ادعني بحقه، فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك.
[ك، ابن عساكر، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (25)]

(Palsu)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika Adam mengakui kesalahannya, Adam berkata: Ya Tuhan! Aku meminta kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau memberikan keampunan kepadaku. Lalu Allah berfirman: Wahai Adam! Bagaimana engkau tahu tentang Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Adam menjawab: Wahai Tuhan! Ketika Engkau menciptakanku menggunakan tangan-Mu dan Engkau meniupkan roh-Mu ke dalamKu, aku mengangkat kepalaKu lalu aku melihat pada tiang-tiang ‘Arash tertulis: “Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah”, maka aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyandarkan kepada nama-Mu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai. Allah pun berfirman: Engkau benar, wahai Adam! Dia adalah makhluk yang paling Aku cintai, berdoalah kepada-Ku menggunakan haknya, Aku telah memberikan keampunan kepadamu. Kalaulah tidak kerana Muhammad, pasti Aku tidak akan menciptakanmu.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Asakir dan al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 25]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs