Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لمَّا اقترفَ آدمُ الخطيئةَ ، قال : يا ربِّ ! أسألُكُ بحقِّ محمدٍ لما غفَرتَ لي ، فقال اللهُ : يا آدمُ و كيف عرفتَ محمَّدًا ، و لم أخلُقهُ ؟ قال : يا ربِّ لمَّا خلَقتني بيدِكَ ، و نفختَ فِيَّ من روحِك ، رفعتُ رأسي ، فرأيتُ علَى قوائمِ العرشِ مكتوبًا : لا إلهَ إلَّا اللهُ محمدٌ رسولُ اللهِ ، فعلِمتُ أنَّك لم تُضف إلى اسمِك إلَّا أحبَّ الخلقِ إليكَ ، فقال اللهُ : صدَقت يا آدمُ ! إنَّه لأحبُّ الخلقَ إليَّ ، ادعُني بحقِّهِ ، فقد غفرتُ لكَ ، و لولا محمَّدٌ ما خلقتُكَ.
Teks Bahasa Melayu
Ketika Adam mengakui kesalahannya, Adam berkata: Ya Tuhan! Aku meminta kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau memberikan keampunan kepadaku. Lalu Allah berfirman: Wahai Adam! Bagaimana engkau tahu tentang Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Adam menjawab: Wahai Tuhan! Ketika Engkau menciptakanku menggunakan tangan-Mu dan Engkau meniupkan roh-Mu ke dalamKu, aku mengangkat kepalaKu lalu aku melihat pada tiang-tiang 'Arash tertulis: "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah", maka aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyandarkan kepada nama-Mu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai. Allah pun berfirman: Engkau benar, wahai Adam! Dia adalah makhluk yang paling Aku cintai, berdoalah kepada-Ku menggunakan haknya, Aku telah memberikan keampunan kepadamu. Kalaulah tidak kerana Muhammad, pasti Aku tidak akan menciptakanmu.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis no. 7113. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: لما اقترف آدم الخطيئة، قال: يا رب! أسألك بحق محمد لما غفرت لي. فقال الله: يا آدم! وكيف عرفت محمدا، ولم أخلقه؟ قال: يا رب! لما خلقتني بيدك، ونفخت في من روحك؛ رفعت رأسي، فرأيت على قوائم العرش مكتوبا: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فعلمت أنك لم تضف إلى اسمك إلا أحب الخلق إليك. فقال الله: صدقت يا آدم! إنه لأحب الخلق إلي، ادعني بحقه، فقد غفرت لك، ولولا محمد ما خلقتك. [ك، ابن عساكر، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (25)]
(Palsu) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Ketika Adam mengakui kesalahannya, Adam berkata: Ya Tuhan! Aku meminta kepada-Mu dengan hak Muhammad agar Engkau memberikan keampunan kepadaku. Lalu Allah berfirman: Wahai Adam! Bagaimana engkau tahu tentang Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya? Adam menjawab: Wahai Tuhan! Ketika Engkau menciptakanku menggunakan tangan-Mu dan Engkau meniupkan roh-Mu ke dalamKu, aku mengangkat kepalaKu lalu aku melihat pada tiang-tiang 'Arash tertulis: "Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah", maka aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyandarkan kepada nama-Mu melainkan makhluk yang paling Engkau cintai. Allah pun berfirman: Engkau benar, wahai Adam! Dia adalah makhluk yang paling Aku cintai, berdoalah kepada-Ku menggunakan haknya, Aku telah memberikan keampunan kepadamu. Kalaulah tidak kerana Muhammad, pasti Aku tidak akan menciptakanmu. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn 'Asakir dan al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 25]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman