Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Abu Zar! Sesungguhnya dunia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu

Teks Bahasa Arab

يا أبا ذرٍّ! إنَّهُ لا يضرُّكُ منَ الدُّنيا ما كانَ للآخرةِ، وإنَّما يضرُّكَ منَ الدُّنيا ما كانَ للدُّنيا.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Abū Żar! Sesungguhnya dunia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu jika kamu hidup untuk tujuan ukhrawi. Hanya sanya dunia akan memberikan mudarat kepadamu jika kamu hidup untuk tujuan duniawi.

Sahabat Perawi

  1. al-Fadhl bin Abbas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis no. 10362. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الفضل بن عباس - رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لأبي ذر: يا أبا ذر! إنه لا يضرك من الدنيا ما كان للآخرة، وإنما يضرك من الدنيا ما كان للدنيا. [أبو نعيم في ((معرفة الصحابة))، ((الضعيفة)) (6060)]

(Lemah) Daripada al-Faḍl bin ‘Abbās RA, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Abū Żar: Wahai Abū Żar! Sesungguhnya dunia tidak akan memberikan mudarat kepada kamu jika kamu hidup untuk tujuan ukhrawi. Sesungguhnya dunia akan memberikan mudarat kepadamu jika kamu hidup untuk tujuan duniawi. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ma‘rifah al-Ṣaḥābah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6060]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.