Wahai Abu Zar! Adakah kamu mengetahui bahawa di hadapan kita terdapat halangan yang tidak dapat diatasi

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا ذر! أعلمت أن بين أيدينا عقبة كؤودا لا يصعدها إلا المخفون؟ فقال رجل: يا رسول الله! أمن المخفين أنا أم من المثقلين؟ قال: عندك طعام يوم؟ قال: نعم؛ وطعام غد. قال: وطعام بعد غد؟ قال: لا. قال: لو كان عندك طعام ثلاث لكنت من المثقلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abū Żar! Adakah kamu mengetahui bahawa di hadapan kita terdapat halangan yang tidak dapat diatasi, yang tidak ada orang yang dapat mendakinya (melepasi halangan tersebut) melainkan orang-orang yang ringan? Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah saya dalam kalangan orang yang ringan ataupun dalam kalangan orang yang berat? Baginda berkata: Adakah kamu mempunyai makanan untuk hari ini? Dia menjawab: Benar, dan juga makanan untuk hari esok. Baginda berkata: Makanan untuk hari lusa? Dia menjawab: Tiada. Baginda berkata: Sekiranya kamu mempunyai makanan untuk tiga hari, maka sungguh kamu dalam kalangan orang yang berat.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2067, hadis nombor 10387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدًّا)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم يوماً وهو آخذ بيد أبي ذر، فقال: يا أبا ذر! أعلمت أن بين أيدينا عقبة كؤودا لا يصعدها إلا المخفون؟ فقال رجل: يا رسول الله! أمن المخفين أنا أم من المثقلين؟ قال: عندك طعام يوم؟ قال: نعم؛ وطعام غد. قال: وطعام بعد غد؟ قال: لا. قال: لو كان عندك طعام ثلاث لكنت من المثقلين.
[طس، ((الضعيفة)) (6692)]

(Sangat Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW telah keluar pada suatu hari sedang baginda memegang tangan Abū Żar, baginda bersabda: Wahai Abū Żar! Adakah kamu mengetahui bahawa di hadapan kita terdapat halangan yang tidak dapat diatasi, yang tidak ada orang yang dapat mendakinya (melepasi halangan tersebut) melainkan orang-orang yang ringan? Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah aku dalam kalangan orang yang ringan ataupun dalam kalangan orang yang berat? Baginda berkata: Adakah kamu mempunyai makanan untuk hari ini? Dia menjawab: Benar, dan juga makanan untuk hari esok. Baginda berkata: Makanan untuk hari lusa? Dia menjawab: Tiada. Baginda berkata: Sekiranya kamu mempunyai makanan untuk tiga hari, maka sungguh kamu dalam kalangan orang yang berat.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6692]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs