Wahai Abu Ubaidah! Bani Israel telah membunuh sebanyak empat puluh tiga nabi

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا عبيدة! قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبياً من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مئة رجل واثنا عشر رجلاً من عباد بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف، ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعاً من آخر النهار في ذلك اليوم، وهو الذين ذكر الله عز وجل؛ يعني: قوله تعالى: (إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Ubaidah! Bani Israel telah membunuh sebanyak empat puluh tiga nabi pada awal tengah hari dalam satu jam. Lalu sebanyak seratus dua belas orang lelaki daripada kalangan ahli ibadah bani Israel bangun/berdiri dan menyeru (orang yang telah melakukan pembunuhan tadi) ke arah (melakukan perkara) makruf dan mencegah mereka daripada (melakukan) kemungkaran. Maka telah dibunuh semua ahli ibadah itu di akhir tengah hari pada hari tersebut. Merekalah (iaitu orang yang telah melakukan pembunuhan) yang telah Allah Azza wa Jalla sebutkan yakni, (di dalam) firman Allah SWT: ‘Sesungguhnya orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil/berbuat baik, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, (iaitu) azab seksa yang pedih’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1519-1520, hadis nombor 7732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عبيدة بن الجراح -رضي الله عنه- قال: قلت: يا رسول الله! أي الناس أشد عذاباً يوم القيامة؟ قال: “رجل قتل نبياً،أو رجل أمر بالمنكر ونهى عن المعروف”. ثم قرأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: (إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس … ) ؛ إلى أن انتهى إلى: (وما لهم من ناصرين) . ثم قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا أبا عبيدة! قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبياً من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مئة رجل واثنا عشر رجلاً من عبّاد بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف، ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعاً من آخر النهار في ذلك اليوم، وهم الذين ذكر الله عز وجل؛ يعني: قوله تعالى: (إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم)).ى [ابن جرير، البغوي، ابن أبي حاتم في تفاسيرهم، ((الضعيفة))(5461)].

(Lemah) Daripada Abi Ubaidah Bin Al-Jarrah RA, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Insan yang manakah paling dahsyat azabnya di hari kiamat?” Rasulullah bersabda: “Lelaki yang membunuh nabi, atau lelaki yang menyuruh kepada kemungkaran dan melarang kebaikan.” Kemudian Rasulullah SAW membaca, firman Allah SWT: ‘Sesungguhnya orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, iaitu azab seksa yang tidak terperi sakitnya’ sehingga akhir ayat ‘dan mereka tidak akan mendapatkan sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.’ Kemudian Rasulullah SAW berkata: Wahai Abu Ubaidah! Bani Israel telah membunuh sebanyak empat puluh tiga nabi pada awal tengah hari dalam satu jam. Lalu sebanyak seratus dua belas orang lelaki daripada kalangan ahli ibadah bani Israel berdiri dan menyeru (orang yang telah melakukan pembunuhan tadi) ke arah (melakukan perkara) makruf dan mencegah mereka daripada (melakukan) kemungkaran. Maka telah dibunuh semua ahli ibadah itu di akhir tengah hari pada hari tersebut. Merekalah (iaitu orang yang telah melakukan pembunuhan) yang telah Allah Azza wa Jalla sebutkan (di dalam) firmannya: ‘Sesungguhnya orang-orang yang ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, (iaitu) azab seksa yang pedih.’ [Riwayat Ibn Jarir, al-Baghawi dan Ibn Abi Hatim di dalam tafsir mereka, Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5461].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs