Wahai Abū ‘Ubaidah! Bani Israel telah membunuh 43 orang nabi dari awal pagi dalam satu waktu

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا عبيدة! قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبيا من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مئة رجل واثنا عشر رجلا من عباد بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف، ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعا من آخر النهار في ذلك اليوم، وهم الذين ذكر الله -عز وجل-؛ يعني: قوله -تعالى-: {إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abū ‘Ubaidah! Bani Israel telah membunuh 43 orang nabi dari awal pagi dalam satu waktu. Maka bangkitlah 112 orang dalam kalangan hamba Bani Israel, lalu mereka mengajak kepada kebaikan daripada melakukan pembunuhan dan melarang mereka daripada kemungkaran. Lalu mereka semua dibunuh pada petang hari itu. Mereka ialah orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih}.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 804, hadis nombor 4144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي عبيدة بن الجراح -رضي الله عنه-، قال: قلت: يا رسول الله! أي الناس أشد عذابا يوم القيامة؟ قال: ((رجل قتل نبيا، أو رجل أمر بالمنكر ونهى عن المعروف)). ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم: {إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس…}؛ إلى أن انتهى إلى: {وما لهم من ناصرين}. ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا أبا عبيدة! قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبيا من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مئة رجل واثنا عشر رجلا من عباد بني إسرائيل، فأمروا من قتلهم بالمعروف، ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعا من آخر النهار في ذلك اليوم، وهم الذين ذكر الله -عز وجل-؛ يعني: قوله -تعالى-: {إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من الناس فبشرهم بعذاب أليم})). [ابن جرير، البغوي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (5461)]

(Lemah) Daripada Abū ‘Ubaidah bin al-Jarrāḥ RA, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda bersabda: “Seorang lelaki yang membunuh nabi atau seorang lelaki yang menyuruh kepada perkara yang mungkar dan menghalang perkara yang makruf”. Kemudian Rasulullah SAW membaca: {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil…}, sehingga ayat: {dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan} [Surah Āli ‘Imrān ayat 21-22]. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abū ‘Ubaidah! Bani Israel telah membunuh 43 orang nabi dari awal pagi dalam satu waktu. Maka bangkitlah 112 orang dalam kalangan hamba Bani Israel, lalu mereka mengajak kepada kebaikan daripada melakukan pembunuhan dan melarang mereka daripada kemungkaran. Lalu mereka semua dibunuh pada petang hari itu. Mereka ialah orang yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya: {Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih}”. [Riwayat Ibn Jarīr dan al-Baghawī dalam al-Tafsīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5461]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs