Wahai Abu Razin! Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia menziarahi saudara se-Islamnya

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا رزين! إن مسلم إذا زار أخاه المسلم؛ شيعه سبعون ألف ملك؛ يصلون عليه، يقولون: اللهم! كما وصله فيك؛ فصله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Razin! Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia menziarahi saudara se-Islamnya, maka tujuh puluh ribu malaikat akan menghampirinya dan mereka akan berdoa untuknya, dengan berkata: ‘Ya Allah, sepertimana dia menyambung hubungan kerana Engkau, maka Engkau sambungkanlah hubungan dengannya’.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis nombor 1174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي رزين العقيلي، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا أبا رزين! إن مسلم إذا زار أخاه المسلم؛ شيعه سبعون ألف ملك؛ يصلون عليه، يقولون: اللهم! كما وصله فيك؛ فصله)). [طس، ((الضعيفة)) (5386)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Razin al-’Uqayli beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Razin! Sesungguhnya seorang muslim itu apabila dia menziarahi saudara se-Islamnya, maka tujuh puluh ribu malaikat akan menghampirinya dan mereka akan berdoa untuknya, dengan berkata: ‘Ya Allah, sepertimana dia menyambung hubungan kerana Engkau, maka Engkau sambungkanlah hubungan dengannya’.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 5386]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs