Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memohon keampunan untuk ahli Baqi' ini

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا مويهبة! إني قد أمرت أن أستغفر لأهل هذا البقيع، فانطلق معي. قال: السلام عليكم أهل المقابر، ليهنئ لكم ما أصبحتم فيه، مما أصبح الناس فيه، أقبلت الفتن كقطع الليل المظلم يتبع آخرها أولها، الآخرة شر من الأولى. يا أبا مويهبة! إني قد أوتيت مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها، ثم الجنة، فخيرت بين ذلك، وبين لقاء ربي والجنة. قال: فقلت: بأبي أنت وأمي! فخذ مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها ثم الجنة. قال: لا والله! يا أبا مويهبة! لقد اخترت لقاء ربي والجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memohon keampunan untuk ahli Baqi’ ini, marilah pergi bersamaku. Baginda mengucapkan: Salam sejahtera kepada kamu, wahai ahli kubur-kubur ini. Hendaklah kamu merasa tenang dalam keadaanmu sekarang berbanding keadaan yang sedang manusia lain hadapi. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita, yang akhirnya menuruti yang awal, yang akhir lebih teruk berbanding yang awal. Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekekalannya (keabadian), kemudian aku diberikan syurga. Kemudian aku diberikan pilihan antara yang tersebut dan bertemu dengan Tuhanku serta syurga. Abu Muwaihibah berkata: Aku pun berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu! Ambillah kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekal (keabadian) di dalamnya, kemudian syurga. Baginda bersabda: Tidak, demi Allah! Wahai Abu Muwaihibah! Aku telah memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1385, hadis nombor 7039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي مويهبة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم – رضي الله عنه-، قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم من جوف الليل، فقال: يا أبا مويهبة! إني قد أمرت أن أستغفر لأهل هذا البقيع، فانطلق معي. قال: السلام عليكم أهل المقابر، ليهنئ لكم ما أصبحتم فيه، مما أصبح الناس فيه، أقبلت الفتن كقطع الليل المظلم يتبع آخرها أولها، الآخرة شر من الأولى. يا أبا مويهبة! إني قد أوتيت مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها، ثم الجنة، فخيرت بين ذلك، وبين لقاء ربي والجنة. قال: فقلت: بأبي أنت وأمي! فخذ مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها ثم الجنة. قال: لا والله! يا أبا مويهبة! لقد اخترت لقاء ربي والجنة. ثم استغفر لأهل البقيع ثم انصرف فبدأ برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه الذي قبضه الله فيه.
[ابن إسحاق، البخاري في ((كنى التاريخ))، الدارمي، ك، البيهقي في ((دلائل النبوة))، حم، البزار، طب، ((الضعيفة)) (6447)]

(Lemah)
Daripada Abi Muwaihibah RA, mawla Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW telah mengutuskanku pada waktu tengah malam, baginda bersabda: Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memohon keampunan untuk ahli Baqi’ ini, marilah pergi bersamaku. Baginda mengucapkan: Salam sejahtera kepada kamu, wahai ahli kubur-kubur ini. Hendaklah kamu merasa tenang dalam keadaanmu sekarang berbanding keadaan yang sedang manusia lain hadapi. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita, yang akhirnya menuruti yang awal, yang akhir lebih teruk berbanding yang awal. Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekekalannya (keabadian), kemudian aku diberikan syurga. Kemudian aku diberikan pilihan antara yang tersebut dan bertemu dengan Tuhanku serta syurga. Abu Muwaihibah berkata: Aku pun berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu! Ambillah kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekal (keabadian) di dalamnya, kemudian syurga. Baginda bersabda: Tidak, demi Allah! Wahai Abu Muwaihibah! Aku telah memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan syurga. Kemudian Baginda memohon keampunan untuk ahli Baqi’, kemudian Baginda pergi, setelah itu Rasulullah SAW mulai menderita kesakitan yang telah ditentukan oleh Allah yang membawanya (wafat) kepada Allah.
[Riwayat Ibn Ishaq, al-Bukhari dalam Kuna al-Tarikh, al-Darimi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6447]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs