Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! إِنِّي قَدْ أُمِرْتُ أَنْ أَسْتَغْفِرَ لِأَهْلِ هذا الْبَقِيعِ، فَانْطَلِقْ مَعِي. قَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْمَقَابِرِ، لِيَهْنِئْ لَكُمْ مَا أَصْبَحْتُمْ فِيهِ مِمَّا أَصْبَحَ النَّاسُ فِيهِ، أَقْبَلَتِ الْفِتَنُ كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يَتْبَعُ آخِرَهَا أَوَّلُهَا، الْآخِرَةُ شَرٌّ مِنَ الْأُولَى. يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ، فَخُيِّرْتُ بَيْنَ ذَلِكَ، وَبَيْنَ لِقَاءِ رَبِّي وَالْجَنَّةِ قَالَ: فقُلْتُ: بِأَبِي أنت وَأُمِّي! فَخُذْ مَفَاتِيحَ خزائنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ. قَالَ: لَا وَاللَّهِ يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! لَقَدِ اخْتَرْتُ لِقَاءَ رَبِّي وَالْجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memohon keampunan untuk ahli Baqi' ini, marilah pergi bersamaku. Baginda mengucapkan: Salam sejahtera kepada kamu, wahai ahli kubur-kubur ini. Hendaklah kamu merasa tenang dalam keadaanmu sekarang berbanding keadaan yang sedang manusia lain hadapi. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita, yang akhirnya menuruti yang awal, yang akhir lebih teruk berbanding yang awal. Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekekalannya (keabadian), kemudian aku diberikan syurga. Kemudian aku diberikan pilihan antara yang tersebut dan bertemu dengan Tuhanku serta syurga. Abu Muwaihibah berkata: Aku pun berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu! Ambillah kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekal (keabadian) di dalamnya, kemudian syurga. Baginda bersabda: Tidak, demi Allah! Wahai Abu Muwaihibah! Aku telah memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Muwaihabah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1385, hadis no. 7039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abi Muwaihibah RA, mawla Rasulullah SAW, katanya: Rasulullah SAW telah mengutuskanku pada waktu tengah malam, baginda bersabda: Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memohon keampunan untuk ahli Baqi' ini, marilah pergi bersamaku. Baginda mengucapkan: Salam sejahtera kepada kamu, wahai ahli kubur-kubur ini. Kemuliaan ke atas kalian pada waktu yang kalian ada padanya berbanding manusia lain. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita, yang akhirnya menuruti yang awal, yang akhir lebih teruk berbanding yang awal. Wahai Abu Muwaihibah! Sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekekalannya (keabadian), kemudian aku diberikan syurga. Kemudian aku diberikan pilihan antara yang tersebut dan bertemu dengan Tuhanku serta syurga. Abu Muwaihibah berkata: Aku pun berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu! Ambillah kunci-kunci bagi khazanah-khazanah dunia dan kekal (keabadian) di dalamnya, kemudian syurga. Baginda bersabda: Tidak, demi Allah! Wahai Abu Muwaihibah! Aku telah memilih untuk bertemu dengan Tuhanku dan syurga. Kemudian Baginda memohon keampunan untuk ahli Baqi', kemudian Baginda pergi, setelah itu Rasulullah SAW mulai menderita kesakitan yang telah ditentukan oleh Allah yang membawanya (wafat) kepada Allah. [Riwayat Ibn Ishaq, al-Bukhari dalam Kuna al-Tarikh, al-Darimi, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah, Ahmad dalam al-Musnad dan al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6447]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman