Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Abu Muwaihibah, aku telah diperintahkan untuk memohon ampun buat penghuni perkuburan Baqi’

Teks Bahasa Arab

يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ إِنِّي قَدْ أُمِرْتُ أَنْ أَسْتَغْفِرَ لِأَهْلِ هذا الْبَقِيعِ، فَانْطَلِقْ مَعِي. قَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْمَقَابِرِ، لِيَهْنِئْ لَكُمْ مَا أَصْبَحْتُمْ فِيهِ مِمَّا أَصْبَحَ النَّاسُ فِيهِ، أَقْبَلَتِ الْفِتَنُ كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يَتْبَعُ آخِرَهَا أَوَّلُهَا، الْآخِرَةُ شَرٌّ مِنَ الْأُولَى. يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ، فَخُيِّرْتُ بَيْنَ ذَلِكَ، وَبَيْنَ لِقَاءِ رَبِّي وَالْجَنَّةِ قَالَ: فقُلْتُ: بِأَبِي أنت وَأُمِّي! فَخُذْ مَفَاتِيحَ خزائنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ. قَالَ: لَا وَاللَّهِ يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! لَقَدِ اخْتَرْتُ لِقَاءَ رَبِّي وَالْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Abu Muwaihibah, aku telah diperintahkan untuk memohon ampun buat penghuni perkuburan Baqi’, ikutlah bersamaku. Setelah sampai Baginda berkata: Salam sejahtera ke atas kalian, wahai penghuni kubur. Untunglah kalian, mendapat nikmat di saat orang-orang hidup menghadapi fitnah yang tidak putus-putus seperti bergilirnya kegelapan malam yang semakin memekat. Yang penghujung lebih dahsyat dari yang awal. Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah dikurniakan kunci-kunci khazanah dunia dan diberikan kuasa kekal di sana, seterusnya syurga. Aku diberi pilihan sama ada untuk menerimanya, atau bertemu Tuhan-ku disertakan dengan syurga. Aku berkata: Wah, ambillah kunci-kunci khazanah dunia, kekal dengannya kemudian syurga. Jawab Baginda : Demi Allah, wahai Muwaihibah, aku telah memilih bertemu Allah disertakan dengan syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Muwaihibah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1096, hadis no. 5563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي المويهبة رضي الله عنه مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم من جوف الليل فقال: يا أبا مويهبة إني قد أمرت أن أستغفر لأهل هذا البقيع فانطلق معي. قال: السلام عليكم أهل المقابر ليهنئ لكم ما أصبحتم فيه مما أصبح الناس فيه أقبلت الفتن كقطع الليل المظلم يتبع آخرها أولها الآخرة شر من الأولى. يا أبا مويهبة إني قد أوتيت مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها ثم الجنة فخيرت بين ذلك، وبين لقاء ربي والجنة قال: فقلت: بأبي أنت وأمي فخذ مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها ثم الجنة. قال: لا والله يا أبا مويهبة لقد اخترت لقاء ربي والجنة. ثم استغفر لأهل البقيع ثم انصرف فبدأ برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه الذي قبضه الله فيه. [ابن إسحاق، البخاري في كنى التاريخ، الدارمي، الدولابي، ك، البيهقي في دلائل النبوة، حم، البزار، طب، الضعيفة (6447)].

(Lemah) Daripada Abu Muwaihibah RA, hamba Rasulullah SAW, beliau berkata: Rasulullah SAW memanggil saya pada suatu tengah malam, Baginda berkata: Wahai Abu Muwaihibah, aku telah diperintahkan untuk memohon ampun buat penghuni perkuburan Baqi’, ikutlah bersamaku. Setelah sampai Baginda berkata: Salam sejahtera ke atas kalian, wahai penghuni kubur. Untunglah kalian, mendapat nikmat di saat orang-orang hidup menghadapi fitnah yang tidak putus-putus seperti bergilirnya kegelapan malam yang semakin memekat. Yang penghujung lebih dahsyat dari yang awal. Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku telah dikurniakan kunci-kunci khazanah dunia dan diberikan kuasa kekal di sana, seterusnya syurga. Aku diberi pilihan sama ada untuk menerimanya, atau bertemu Tuhan-ku disertakan dengan syurga. Aku berkata: Wah, ambillah kunci-kunci khazanah dunia, kekal dengannya kemudian syurga. Jawab Baginda : Demi Allah, wahai Muwaihibah, aku telah memilih bertemu Allah disertakan dengan syurga. Kemudian Baginda memohon keampunan buat penghuni al-Baqi‘, kemudian Baginda pulang. Apabila Baginda ke rumah, bermulalah sakit Baginda yang menjadi sebab kewafatan Baginda. [Riwayat Ibn Ishaq dalam al-Sirah, riwayat al-Bukhari dalam Kuna al-Tarikh. Riwayat al-Darimi dalam Musnadnya, riwayat al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6447]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.