Wahai Abu Mundzir, katakanlah ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu tiada sekutu bagi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا المنذر! قل لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك،وله الحمد، يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، مئة مرة في كل يوم؛ فإنك يومئذ أفضل الناس عملاً؛ إلا من قال مثل ما قلت، وأكثر من قول: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها سيد الاستغفار، وإنها ممحاة للخطايا – أحسبه قال – موجبة للجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu al-Mundzir, katakanlah ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia yang menghidupkan serta Dia yang mematikan dan pada tangan-Nya (kekuasaan dan ketentuanNya) terletak segala kebaikan. Dialah yang berkuasa di atas setiap perkara’, sebanyak seratus kali pada setiap hari, maka sesungguhnya pada haritu itu kamu akan menjadi sebaik-baik manusia dari segi amalan melainkan orang yang mengatakan sebagaimana yang telah engkau katakan. Dan perbanyakkanlah ucapan: ‘Maha Suci Allah’, ‘segala puji bagi Allah’, ‘tiada Tuhan melainkan Allah’, ‘tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah’ kerana ini adalah penguhulu istighfar dan ianya pemadam kepada dosa-dosa – aku menyangka baginda menyebut – ia menjadi sebab untuk masuk syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1520, hadis nombor 7733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي المنذر الجهني -رضي الله عنه- قال: قلت: يا نبي الله! علّمني أفضل الكلام؟ قال: ((يا أبا المنذر! قل لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك،وله الحمد، يحيي ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، مئة مرة في كل يوم؛ فإنك يومئذ أفضل الناس عملاً؛ إلا من قال مثل ما قلت، وأكثِر من قول: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، ولا حول ولا قوة إلا بالله؛ فإنها سيد الاستغفار، وإنها ممحاة للخطايا – أحسبه قال – موجبة للجنة)). [البزار، ((الضعيفة))(5132)].

(Sangat Daif)
Daripada Abi Mundzir al-Juhani RA, beliau berkata: Aku berkata: Wahai Nabi Allah! Ajarkanlah kepadaku sebaik-baik ucapan. Baginda menjawab: Wahai Abu Mundzir, katakanlah: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia yang menghidupkan serta Dia yang mematikan dan pada tangan-Nya (kekuasaan dan ketentuanNya) terletak segala kebaikan. Dialah yang berkuasa di atas setiap perkara’, sebanyak seratus kali pada setiap hari, maka sesungguhnya pada haritu itu kamu akan menjadi sebaik-baik manusia dari segi amalan melainkan orang yang mengatakan sebagaimana yang telah engkau katakan. Dan perbanyakkanlah ucapan: ‘Maha Suci Allah’, ‘segala puji bagi Allah’, ‘tiada Tuhan melainkan Allah’, ‘tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah’ kerana ini adalah penguhulu istighfar dan ianya pemadam kepada dosa-dosa – aku menyangka baginda menyebut – ia menjadi sebab untuk masuk syurga. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5132].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs