Wahai Abu Muhaiwibah! Aku diperintahkan untuk memohon keampunan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا ‌أبا ‌مويهبة! إني قد أمرت أن أستغفر لأهل هذا البقيع، فانطلق معي. قال: السلام عليكم أهل المقابر، ليهنئ لكم ما أصبحتم فيه مما أصبح الناس فيه، أقبلت الفتن كقطع الليل المظلم، يتبع آخرها أولها، الآخرة شر من الأولى. يا ‌أبا ‌مويهبة! إني قد أوتيت مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها، ثم الجنة، فخيرت بين ذلك، وبين لقاء ربي والجنة قال: فقلت: بأبي أنت وأمي! فخذ مفاتيح خزائن الدنيا والخلد فيها، ثم الجنة. قال: لا والله يا ‌أبا ‌مويهبة! لقد اخترت لقاء ربي والجنة. ثم استغفر لِأهل البقيع ثم انصرف. فبدأ برسول اللَّه صلى اللّه عليه وسلمَ وجعه الذي قبضه اللَّه فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Muhaiwibah! Aku diperintahkan untuk memohon keampunan bagi ahli perkuburan Baqi’. Marilah pergi bersama aku. Baginda bersabda: Salam sejahtera ke atas penghuni tanah perkuburan. Kemuliaan ke atas kalian pada waktu yang kalian ada padanya berbanding manusia lain. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita.
Yang paling awal menuruti yang paling akhir. Yang paling akhir lebih buruk daripada yang pertama. Wahai Abu Muhaiwibah! Sesungguhnya aku diberikan kunci khazanah dunia dan kekal di dalamnya. Kemudian aku ditawarkan kunci syurga. Lalu aku diberikan pilihan sama ada memilih perkara tersebut atau memilih bertemu Tuhan dan syurga. Abu Muhaiwibah berkata: Aku berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu, ambil kunci khazanah dunia, kekal di dalamnya dan kunci syurga. Baginda bersabda: Demi Allah tidak wahai Abu Muhaiwibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhan dan masuk ke dalam syurga. Kemudian Nabi memohon ampun untuk ahli perkuburan Baqi’ kemudian Baginda beredar. Kemudian Rasulullah SAW mula sakit yang mana itulah sakit yang menyebabkan Baginda wafat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1940, hadis nombor 9729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عَنْ أَبِي مُوَيْهِبَةَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ، فَقَالَ: يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! إِنِّي قَدْ أُمِرْتُ أَنْ أَسْتَغْفِرَ لِأَهْلِ هذا الْبَقِيعِ، فَانْطَلِقْ مَعِي. قَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْمَقَابِرِ، لِيَهْنِئْ لَكُمْ مَا أَصْبَحْتُمْ فِيهِ مِمَّا أَصْبَحَ النَّاسُ فِيهِ، أَقْبَلَتِ الْفِتَنُ كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يَتْبَعُ آخِرَهَا أَوَّلُهَا، الْآخِرَةُ شَرٌّ مِنَ الْأُولَى. يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! إِنِّي قَدْ أُوتِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ، فَخُيِّرْتُ بَيْنَ ذَلِكَ، وَبَيْنَ لِقَاءِ رَبِّي وَالْجَنَّةِ قَالَ: فقُلْتُ: بِأَبِي أنت وَأُمِّي! فَخُذْ مَفَاتِيحَ خزائنِ الدُّنْيَا وَالْخُلْدَ فِيهَا، ثُمَّ الْجَنَّةَ. قَالَ: لَا وَاللَّهِ يَا أَبَا مُوَيْهِبَةَ! لَقَدِ اخْتَرْتُ لِقَاءَ رَبِّي وَالْجَنَّةَ. ثُمَّ اسْتَغْفَرَ لِأَهْلِ الْبَقِيعِ ثُمَّ انْصَرَفَ. فَبدأ برَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعه الَّذِي قبَضَهُ اللَّهُ فِيهِ.
[ابن إسحاق، تخ، الدارمي، ك، الدولابي، البزار – مختصرًا -، طب، ((الضعيفة)) (6447)]

(Lemah)
Daripada Abu Muhaiwibah, pembantu Rasulullah SAW. Beliau berkata: Rasulullah SAW mengejutkan aku pada pertengahan malam. Baginda bersabda: Wahai Abu Muhaiwibah! Aku diperintahkan untuk memohon keampunan bagi ahli perkuburan Baqi’. Marilah pergi bersama aku. Baginda bersabda: Salam sejahtera ke atas penghuni tanah perkuburan. Kemuliaan ke atas kalian pada waktu yang kalian ada padanya berbanding manusia lain. Fitnah (bencana) datang seperti potongan malam yang gelap gelita.
Yang paling awal menuruti yang paling akhir. Yang paling akhir lebih buruk daripada yang pertama. Wahai Abu Muhaiwibah! Sesungguhnya aku diberikan kunci khazanah dunia dan kekal di dalamnya. Kemudian aku ditawarkan kunci syurga. Lalu aku diberikan pilihan sama ada memilih perkara tersebut atau memilih bertemu Tuhan dan syurga. Abu Muhaiwibah berkata: Aku berkata: Ibu dan ayah aku menjadi tebusanmu, ambil kunci khazanah dunia, kekal di dalamnya dan kunci syurga. Baginda bersabda: Demi Allah tidak wahai Abu Muhaiwibah. Aku memilih bertemu dengan Tuhan dan masuk ke dalam syurga. Kemudian Nabi memohon ampun untuk ahli perkuburan Baqi’ kemudian Baginda beredar. Kemudian Rasulullah SAW mula sakit yang mana itulah sakit yang menyebabkan Baginda wafat.
[Riwayat Ibn Ishak, al-Bukhari dalam Kunna Tarikh, al-Darimi, al-Hakim dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6447]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.