Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Abu Kahil, damaikanlah antara manusia

Teks Bahasa Arab

يا أبا كاهلٍ، أصلِحْ بينَ النَّاسِ، ولَو بِكَذا وَكَذا يعَنَي: الكَذِبَ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Abu Kahil, damaikanlah antara manusia sekalipun dengan cara begini dan begini.

Sahabat Perawi

  1. Abu Kahil

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis no. 834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي كاهل قال: وَقَعَ بَيْنَ رَجُلَيْنِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلامٌ حَتَّى تَضَارَبَا؛ فَلَقِيتُ أَحَدَهُمَا، فَقُلْتُ: مَالَكَ وَلِفُلانٍ؟ قَدْ سَمِعْتُهُ وَهُوَ يُحْسِنُ عَلَيْكَ الثَّنَاءَ، وَيَكْثُرُ لَكَ مِنَ الدُّعَاءِ! وَلَقِيتُ الآخَرَ، فَقُلْتُ لَهُ نَحْوَ ذَلِكَ، فَمَا زِلْتُ أَمْشِي بَيْنَهُمَا؛ حَتَّى اصْطَلَحَا، فَقُلْتُ: مَا فَعَلْتُ؟ أَهْلَكْتُ نَفْسِي وَأَصْلَحْتُ بَيْنَهُمَا! وَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ بِالأَمْرِ؛ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ! مَا سَمِعْتُ مِنْ ذَا شَيْئًا، وَلا مِنْ ذَا شَيْئًا! فَقَالَ: يا أبا كاهلٍ، أصلِحْ بينَ النَّاسِ، ولَو بِكَذا وَكَذا كَلِمَةٌ لَمْ أَفْهَمْهَا، فَقُلْتُ: مَا عَنَى بِهَا؟ قَالَ: عَنَى الْكَذِبَ. [طب، ((الضعيفة)) (7018)]

(Palsu) Daripada Abu Kahil beliau berkata: Telah berlaku perbalahan mulut antara dua orang lelaki dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW sehingga menyebabkan mereka saling memukul. Lalu aku bertemu dengan salah seorang mereka, dan aku bertanya: Apakah yang berlaku antara kamu dengan si fulan? Sesungguhnya aku pernah mendengar bahawa dia memuji kamu serta memperbanyakkan doa untuk kamu. Kemudian aku bertemu pula dengan yang seorang lagi, dan aku mengatakan perkara yang sama seperti sebelum itu. Aku berterusan melakukannya kepada kedua-duanya sehinggalah mereka saling berdamai. Kemudian aku berkata: Apa yang telah aku lakukan? Aku telah membinasakan diriku dan aku telah mendamaikan mereka berdua. Lalu aku pun pergi bertemu dengan Nabi SAW dan menceritakan keadaan tersebut kepada baginda. Aku berkata: Wahai Rasulullah, demi Tuhan yang telah mengutuskan kamu dengan kebenaran, aku tidak pernah mendengar walau sekalipun daripada orang ini dan tidak pula aku mendengar daripada orang ini (iaitu kenyataannya bahawa si fulan telah memuji dan mendoakan saudaranya). Maka kata baginda: Wahai Abu Kahil, damaikanlah antara manusia sekalipun dengan cara begini dan begini (kalimah yang aku tidak memahaminya), lalu aku (perawi) bertanya: Apa maksudnya? Beliau menjawab: Baginda maksudkan (walau dengan cara) berbohong. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7018]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.