Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أبا هريرةَ ألا أدلُّكَ على كنزٍ من كنوزِ الجنةِ ؟ لا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، لا ملجأَ ولا منْجا من اللهِ إلا إليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu Hurairah! Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu satu harta daripada harta-harta syurga?; ‘Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah' dan 'tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya.'
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1605, hadis no. 8093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة "لا ملجأ...") عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا أبا هريرة! ألا أدلك على كنز من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله، لا ملجأ ولا منجا من الله إلا إليه)). [ن في ((عمل اليوم والليلة))، ك، هب، الطيالسي، حم، البزار، الطبراني في ((الدعاء))، الذهبي في((التاريخ))، ((الضعيفة)) ((6622))].
(Munkar dengan tambahan: ‘tidak ada tempat perlindungan’) Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Hurairah! Akan aku tunjukkan kepada kau satu harta daripada harta-harta syurga? ‘Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah dan tidak ada tempat perlindungan dan pertolongan daripada Allah melainkan kepada-Nya. [Sunan al-Nasa’ie dalam Amalam harian dan malam, al-Hakim dalam al-Mustadrak al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Toyalisi, Musnad Ahmad, al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Dua, al-Zahabi dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6622)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman