Wahai Abu Hurairah! Apabila terlalu lapar, maka hendaklah kamu makan sepotong roti dan minum sebekas air

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا هريرة! إذا اشتد الجوع؛ فعليك برغيف وكوز من ماء، وعلى الدنيا وأهلها الدمار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Hurairah! Apabila terlalu lapar, maka hendaklah kamu makan sepotong roti dan minum sebekas air, sedangkan kebinasaan buat dunia dan penghuninya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387-388, hadis nombor 2061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «يَا أَبَا هُرَيْرَةَ! إِذَا اشْتَدَّ الجوعُ؛ فَعَلَيْكَ بِرغيفٍ وَكوزٍ مِنْ مَاءٍ، وَعَلَى الدُّنْيَا وَأَهْلِهَا الدَّمَارُ». [ابن بشران، ابن السني في « كتاب القناعة»، «الضعيفة» (490)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Wahai Abu Hurairah! Apabila terlalu lapar, maka hendaklah kamu makan sepotong roti dan minum sebekas air, sedangkan kebinasaan buat dunia dan penghuninya". [Riwayat Ibn Bishran dan Ibn al-Sunni dalam al-Qana‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 490].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.