Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا أَبَا هُرَيْرَةَ! إِذَا اشْتَدَّ الجوعُ؛ فَعَلَيْكَ بِرغيفٍ وَكوزٍ مِنْ مَاءٍ، وَعَلَى الدُّنْيَا وَأَهْلِهَا الدَّمَارُ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu Hurairah! Apabila terlalu lapar, maka hendaklah kamu makan sepotong roti dan minum sebekas air, sedangkan kebinasaan buat dunia dan penghuninya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387-388, hadis no. 2061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «يَا أَبَا هُرَيْرَةَ! إِذَا اشْتَدَّ الجوعُ؛ فَعَلَيْكَ بِرغيفٍ وَكوزٍ مِنْ مَاءٍ، وَعَلَى الدُّنْيَا وَأَهْلِهَا الدَّمَارُ». [ابن بشران، ابن السني في « كتاب القناعة»، «الضعيفة» (490)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Wahai Abu Hurairah! Apabila terlalu lapar, maka hendaklah kamu makan sepotong roti dan minum sebekas air, sedangkan kebinasaan buat dunia dan penghuninya". [Riwayat Ibn Bishran dan Ibn al-Sunni dalam al-Qana‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 490].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman