Wahai Abu Dzarr, hendaklah apa yang kamu tahu (ada) daripada dirimu menjadikan kamu berpaling daripada orang ramai dan daripada bercakap tentang mereka

TEKS BAHASA ARAB

ليردك – يا أبا ذر – عن الناس والقول فيهم ما تعرف من نفسك، لا تجد عليهم فيما تأتي به، فكفى بالمرء عيبا أن يكون فيه ثلاث خصال: أن يعرف من الناس ما يجهله عن نفسه. ويجد عليهم فيما يأتي. ويؤذي جليسه فيما لا يعنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Dzarr, hendaklah apa yang kamu tahu (ada) daripada dirimu menjadikan kamu berpaling daripada orang ramai dan daripada bercakap tentang mereka. Janganlah kamu memarahi mereka berkenaan apa yang kamu lakukan. Kerana cukuplah keaiban bagi seseorang itu apabila ada tiga perkara pada dirinya: Dia mengetahui tentang orang ramai apa yang dia tidak ketahui tentang dirinya sendiri; dia memarahi mereka berkenaan apa yang dia lakukan; dan dia menyakiti temannya berkenaan perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي ذر الغفاري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «ليردَّكَ – يا أبا ذرٍّ – عنِ النَّاسِ والقولِ فيهم ما تعرفُ من نفسِكَ، لا تجدْ عليْهم فيما تأتي بهِ، فكفى بالمرءِ عيباً أن يَكونَ فيهِ ثلاثُ خصالٍ: أن يعرفَ منَ النَّاسِ ما يجْهلُه عن نفسِهِ. ويجدَ عليهم فيما يأتي. ويؤذيَ جليسَه فيما لا يعنيهِ». [الماوردي في «الأمثال والحكم»، «الضعيفة» (5638)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Dzarr al-Ghifari RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu Dzarr, hendaklah apa yang kamu tahu (ada) daripada dirimu menjadikan kamu berpaling daripada orang ramai dan daripada bercakap tentang mereka. Janganlah kamu memarahi mereka berkenaan apa yang kamu lakukan. Kerana cukuplah keaiban bagi seseorang itu apabila ada tiga perkara pada dirinya: Dia mengetahui tentang orang ramai apa yang dia tidak ketahui tentang dirinya sendiri; dia memarahi mereka berkenaan apa yang dia lakukan; dan dia menyakiti temannya berkenaan perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya”. [Riwayat al-Mawardi dalam al-Amthal wa al-Hikam. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5638].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs