Wahai Abu Darda’! Sekiranya kamu disakiti oleh kutu maka ambillah sebekas air dan bacalah padanya sebanyak tujuh kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا الدرداء! إذا أذاك البراغيث فخذ قدحا من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {وما لنا أن لا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا ثم ترش حول فراشك، فإنك تبيت تلك الليلة آمنا من شرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Darda’! Sekiranya kamu disakiti oleh kutu maka ambillah sebekas air dan bacalah padanya sebanyak tujuh kali: “Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah.” [Ibrahim: 12] Jika kamu beriman kepada Allah dan berhenti melakukan kejahatan serta menyakiti kami. Kemudian renjislah ia di sekitar katilmu, maka kamu tidur pada malam tersebut terselamat daripada keburukannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1567, hadis nombor 7938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا أبا الدرداء! إذا أذاك البراغيث فخذ قدحا من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {وما لنا أن لا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا ثم ترش حول فراشك، فإنك تبيت تلك الليلة آمنا من شرهم)). [فر، ((الضعيفة)) (6408)].

(Munkar)
Daripada Abu Darda’ RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai Abu Darda’! Sekiranya kamu disakiti oleh kutu maka ambillah sebekas air dan bacalah padanya sebanyak tujuh kali: “Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah.” [Ibrahim: 12] Jika kamu beriman kepada Allah berhentilah melakukan kejahatan serta menyakiti kami." Kemudian renjislah ia di sekitar katilmu, maka kamu tidur pada malam tersebut dalam keadaan terselamat daripada bahayanya (kutu).
[Riwayat al-Dailami di dalam Kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.