Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan seluruh alam telah berjanji kepadaku dengan satu perjanjian terhadap ‘Ali bin Abi Talib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا برزة! إن رب العالمين عهد إلي عهدا في علي بن أبي طالب؛ فقال: إنه راية الهدى، ومنار الإيمان، وإمام أوليائي، ونور جميع من أطاعني. يا أبا برزة! علي بن أبي طالب أميني غدا يوم القيامة، وصاحب رايتي في القيامة، علي مفاتيح خزائن رحمة ربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan seluruh alam telah berjanji kepadaku dengan satu perjanjian terhadap ‘Ali bin Abi Talib. Lalu Dia (Allah) berkata: Sesungguhnya dia adalah panji petunjuk, penyuluh keimanan, imam para wali-Ku, cahaya bagi semua orang yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! ‘Ali bin Abi Talib adalah penjaga amanahku esok pada hari kiamat, pemegang panjiku pada hari kiamat. ‘Ali adalah kunci-kunci khazanah-khazanah rahmat tuhanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 497, hadis nombor 2664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه-، بعثني النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي برزة الأسلمي، فقال له وأنا أسمع: ((يا أبا برزة! إن رب العالمين عهد إلي عهدا في علي بن أبي طالب؛ فقال: إنه راية الهدى، ومنار الإيمان، وإمام أوليائي، ونور جميع من أطاعني. يا أبا برزة! علي بن أبي طالب أميني غدا يوم القيامة، وصاحب رايتي في القيامة، علي مفاتيح خزائن رحمة ربي)). [عد، حل، ((الضعيفة)) (4888)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW telah mengutuskanku kepada Abu Barzah al-Aslami, maka baginda berkata kepadanya dan aku mendengar: Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan seluruh alam telah berjanji kepadaku dengan satu perjanjian terhadap ‘Ali bin Abi Talib. Lalu Dia (Allah) berkata: Sesungguhnya dia adalah panji petunjuk, penyuluh keimanan, imam para wali-Ku, cahaya bagi semua orang yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! ‘Ali bin Abi Talib adalah penjaga amanahku esok pada hari kiamat, pemegang panjiku pada hari kiamat. ‘Ali adalah kunci-kunci khazanah-khazanah rahmat tuhanku.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4888].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.