Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan sekalian alam telah membuat perjanjian kepadaku berkenaan 'Ali bin Abi Talib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا برزة! إن رب العالمين عهد إلي عهدا في علي بن أبي طالب؛ فقال: إنه راية الهدى، ومنار الإيمان، وإمام أوليائي، ونور جميع من أطاعني. يا أبا برزة! علي بن أبي طالب أميني غدا يوم القيامة، وصاحب رايتي في القيامة، علي مفاتيح خزائن رحمة ربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan sekalian alam telah membuat perjanjian kepadaku berkenaan ‘Ali bin Abi Talib, Allah berfirman: Sesungguhnya beliau adalah panji bagi petunjuk, menara bagi iman, imam kepada para wali-Ku dan cahaya bagi sesiapa yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! ‘Ali bin Abi Talib adalah cita-citaku pada hari kiamat esok dan pemilik panjiku pada hari kiamat, ‘Ali adalah kunci bagi khazanah-khazanah rahmat Tuhanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1348, hadis nombor 6891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عروة، قال: حدثنا أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: بعثني النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي برزة الأسلمي، فقال له وأنا أسمع: يا أبا برزة! إن رب العالمين عهد إلي عهدا في علي بن أبي طالب؛ فقال: إنه راية الهدى، ومنار الإيمان، وإمام أوليائي، ونور جميع من أطاعني. يا أبا برزة! علي بن أبي طالب أميني غدا يوم القيامة، وصاحب رايتي في القيامة، علي مفاتيح خزائن رحمة ربي.
[عد، حل، ((الضعيفة)) (4888)].

(Palsu)
Daripada ‘Urwah telah berkata: Anas bin Malik RA telah menceritakan kepada kami, katanya: Nabi SAW telah mengutuskanku kepada Abi Barzah al-Aslami, Baginda bersabda kepadanya dan aku mendengar: Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan sekalian alam telah membuat perjanjian kepadaku berkenaan ‘Ali bin Abi Talib, Allah berfirman: Sesungguhnya beliau adalah panji bagi petunjuk, menara bagi iman, imam kepada para wali-Ku dan cahaya bagi sesiapa yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! ‘Ali bin Abi Talib adalah cita-citaku pada hari kiamat esok dan pemilik panjiku pada hari kiamat, ‘Ali adalah kunci bagi khazanah-khazanah rahmat Tuhanku.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4888]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.