TEKS BAHASA ARAB
يا أبا بكر! برد أمرنا وصلح.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Abu Bakr! keadaan kita telah reda dan baik.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 512, hadis nombor 2724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: أن النبي ﷺ لما توجه نحو المدينة؛ خرج بريدة الأسلمي في سبعين راكبا من أهل بيته من بني سهم، فيتلقی نبي الله ﷺ ليلا. فقال له: «من أنت؟». قال: بريدة. فالتفت إلى أبي بكر، وقال: «يا أبا بكر! برد أمرنا وصلح». ثم قال: «ممن؟». قال: من أسلم. قال: لأبي بكر: «سلمنا». ثم قال: «ممن؟». قال: من بني سهم قال: «خرج سهمك». [ابن أبي خيثمة في «التاريخ»، ابن عبدالبر، عد، الخطابي في ((غريب الحديث))، ((الضعيفة)) (5450)].
(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA, beliau berkata: Sesungguhnya tatkala Nabi ﷺ sedang bergerak menuju Madinah, Buraidah al-Aslami keluar bersama tujuh puluh orang penunggang dalam kalangan ahli keluarganya daripada Bani Sahm, lalu bertemu dengan Nabi Allah ﷺ pada waktu malam. Baginda bertanya kepadanya: “Siapa kamu?” Dia menjawab: “Buraidah”. Baginda pun berpaling kepada Abu Bakr dan bersabda: “Wahai Abu Bakr! keadaan kita telah reda dan baik”. Abu Bakr bertanya: “Daripada siapa?”. Baginda menjawab: “Daripada kabilah Aslam”. Baginda berkata kepada Abu Bakr: “Kita telah selamat”. Abu Bakr bertanya: “Daripada siapa?” Baginda menjawab: “Daripada Bani Sahm”. Baginda berkata: “Bahagianmu sudah selesai”. [Riwayat Ibnu Abi Khaithamah dalam al-Tarikh, Ibnu ‘Abd al-Barr dalam al-Tamhid, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5450].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.