Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أبا بكرٍ ثلاثٌ اعلمْ أنهنَّ حقٌّ: ما عفا امرؤٌ عن مظلمةٍ إلا زادهُ اللهُ بها عزًّا، وما فتحَ رجلٌ على نفسِهِ بابَ مسألةٍ يبتغي بها كثرةً إلا زادهُ اللهُ بها فقرًا، وما فتحَ رجلٌ على نفسِهِ بابَ صدقةٍ يبتغي بها وجه اللهِ إلا زادهُ اللهُ كثرةً.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu Bakar, tiga perkara dan ketahuilah kamu bahawa kesemuanya itu benar: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman yang berlaku kepadanya melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan pada dirinya. Tidaklah seorang lelaki yang membuka pintu meminta-minta terhadap dirinya dengan tujuan untuk mendapatkan harta yang banyak melainkan Allah akan menambahkan kefakiran buat dirinya. Serta tidaklah seorang lelaki yang membuka pintu bersedekah buat dirinya dengan tujuan untuk mendapatkan reda Allah melainkan Allah akan menambahkan harta yang banyak kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 166, hadis no. 833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: استطال رجل على أبي بكر الصديق، ورسول الله صلى الله عليه وسلم جالس، وأبو بكر ساكت، فلما أكثر انتصر أبوبكر فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتبعه أبو بكر فقال: يا رسول الله استطال علي، وأنت ساكت فلما انتصرت قمت! فقال: يا أبا بكر! ثلاث اعلم أنهن حق: ما عفا امرؤ عن مظلمة إلا زاده الله بها عزاً، و [ما] فتح رجل على نفسه باب مسألة يبتغي بها كثرة إلا زاده الله بها فقراً، وما فتح رجل على نفسه باب صدقة يبتغي بها وجه الله إلا زاده الله كثرة. [هب، ((الضعيفة)) (7159)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Seorang lelaki mencela Abu Bakar Al-Siddiq dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk manakala Abu Bakar hanya berdiam diri (tidak membalas celaan). Tatkala sudah begitu banyak celaannya, Abu Bakar pun mempertahankan dirinya. Kemudian Rasulullah SAW bangun (untuk beredar dari tempat tersebut). Maka Abu Bakar pun segera mengikuti baginda lalu bertanya: Wahai Rasulullah, lelaki itu tadi mencela aku, namun kamu berdiam diri. Sebaik sahaja aku mempertahankan diri, mengapakah engkau terus beredar? Lalu Nabi SAW bersabda: Wahai Abu Bakar, tiga perkara dan ketahuilah kamu bahawa kesemuanya itu benar: Tidaklah seseorang itu memaafkan kezaliman yang berlaku kepadanya melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan pada dirinya. Tidaklah seorang lelaki yang membuka pintu meminta-minta terhadap dirinya dengan tujuan untuk mendapatkan harta yang banyak melainkan Allah akan menambahkan kefakiran buat dirinya. Serta tidaklah seorang lelaki yang membuka pintu bersedekah buat dirinya dengan tujuan untuk mendapatkan reda Allah melainkan Allah akan menambahkan harta yang banyak kepadanya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7159]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman