Wahai Abu Bakar! Bolehkah aku memberikan khabar gembira kepada kamu?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: يا أبا بكر، ألا أبشرك؟ قال: بلى، فداك أبي وأمي. قال: إن الله عز وجل يتجلى للخلق يوم القيامة عامة، ويتجلى لك خاصة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW bersabda: Wahai Abu Bakar! Bolehkah aku memberikan khabar gembira kepada kamu? Beliau berkata: Sudah tentu, ayah dan ibuku menjadi tebusan bagimu. Baginda berkata: Allah menampakkan diri-Nya kepada semua makhluk pada hari kiamat secara umum dan menampakkan diri-Nya kepada kamu secara khusus.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 330, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وقال: لا أصل له. وفي إسناده: محمد بن عبد بن عامر. وله طرق منها: أنه صلى الله عليه وآله وسلم قال لأبي بكر: أعطاك الله الرضوان الأكبر. فقال بعض القوم: يا رسول الله، ما الرضوان الأكبر فقال: يتجلى الله في الآخرة لعباده المؤمنين عامة، ويتجلى لأبي بكر خاصة. رواه أبو نعيم عن جابر مرفوعا. وفي إسناده: محمد بن خالد الختلي، وهو كذاب.
وقال أبو نعيم بعد إخراجه: هذا حديث ثابت. رواه أعلام، تفرد به الختلي عن كثير بن هشام انتهى.
وقال في اللآلىء: وقد أخرجه الحاكم في المستدرك من طريق الختلي، وتعقبه الذهبي. فقال: تفرد به الختلي، وأحسبه وضعه.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada asalnya. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Abd bin Amir. Baginya jalur yang lain. Antaranya: Nabi SAW berkata pada Abu Bakr: Semoga Allah memberikan kepadamu keredhaan yang besar. Lalu sebahagian manusia berkata: Wahai Rasulullah, apakah keredhaan yang besar itu? Baginda berkata: Allah menampakkan diri-Nya di akhirat untuk hamba-Nya yang beriman secara am dan menampakkan diri-Nya buat Abu Bakr secara khusus. Diriwayatkan oleh Abu Nuaim daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Khalid al-Khatali, seorang pendusta. Abu Nuaim berkata selepas meriwayatkannya: Ini adalah hadith yang thabit. Diriwayatkan oleh beberapa orang ulama yang terkenal, namun al-Khatali bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini daripada Kathir bin Hisyam.
Dia berkata dalam al-Laali’: Ia telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak daripada jalur al-Khatali, dan ia diberikan komentar oleh al-Zahabi. Dia berkata: Al-Khatali bersendirian meriwayatkannya dan aku merasakan bahawa dia memalsukannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.