Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَا أَبَا بَكْرٍ، أَلا أُبَشِّرُكَ؟ قَالَ: بَلَى، فِدَاكَ أَبِي وَأُمِّي. قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَتَجَلَّى لِلْخَلْقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَامَّةً، وَيَتَجَلَّى لَكَ خَاصَّةً.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Nabi SAW bersabda: Wahai Abu Bakar! Bolehkah aku memberikan khabar gembira kepada kamu? Beliau berkata: Sudah tentu, ayah dan ibuku menjadi tebusan bagimu. Baginda berkata: Allah menampakkan diri-Nya kepada semua makhluk pada hari kiamat secara umum dan menampakkan diri-Nya kepada kamu secara khusus.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 330, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Tiada asalnya. Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Abd bin Amir. Baginya jalur yang lain. Antaranya: Nabi SAW berkata pada Abu Bakr: Semoga Allah memberikan kepadamu keredhaan yang besar. Lalu sebahagian manusia berkata: Wahai Rasulullah, apakah keredhaan yang besar itu? Baginda berkata: Allah menampakkan diri-Nya di akhirat untuk hamba-Nya yang beriman secara am dan menampakkan diri-Nya buat Abu Bakr secara khusus. Diriwayatkan oleh Abu Nuaim daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Khalid al-Khatali, seorang pendusta. Abu Nuaim berkata selepas meriwayatkannya: Ini adalah hadith yang thabit. Diriwayatkan oleh beberapa orang ulama yang terkenal, namun al-Khatali bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini daripada Kathir bin Hisyam. Dia berkata dalam al-Laali’: Ia telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak daripada jalur al-Khatali, dan ia diberikan komentar oleh al-Zahabi. Dia berkata: Al-Khatali bersendirian meriwayatkannya dan aku merasakan bahawa dia memalsukannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman