Wahai Abu Ayyub, sesungguhnya Allah telah memuliakanmu dengan itu dan ini

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه قيل لأبي أيوب الأنصاري عند منصرفه من صفين، يا أبا أيوب: إن الله أكرمك بكذا وكذا، ثم جئت بسيفك على عاتقك، تضرب أهل لا إله إلا الله؟ فقال: يا هذا، إن الرائد لا يكذب أهله، وإن الله أمرنا بقتال ثلاثة مع علي، بقتال الناكثين، والقاسطين، والمارقين. فأما الناكثون: فقد قاتلناهم يوم الجمل، طلحة، والزبير، رضوان الله عليهما، وأما القاسطون: فهذا منصرفنا من عندهم، يعني: معاوية وعمرا، وأما المارقون: فهم أهل الطرفاوات، وأهل السعيفات، وأهل النخيلات، وأهل النهروانات، والله ما أدري أين هم، ولكن لا بد من قتلهم إن أراد الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dikatakan kepada Abu Ayyub al-Ansari ketika beliau pulang dari Siffin: Wahai Abu Ayyub, sesungguhnya Allah telah memuliakanmu dengan itu dan ini. Kemudian engkau datang dengan pedang di atas bahu kamu, engkau menyerang orang yang menyebut tiada Tuhan melainkan Allah? Wahai Abu Ayyub, sesungguhnya seorang pemimpin tidak menipu rakyatnya dan sesungguhnya Allah telah mengarahkan kita untuk memerangi tiga golongan bersama Ali iaitu memerangi pengkhianat (al-Nakithin), pelaku zalim (al-Qasitin) dan orang murtad (al-Mariqin). Adapun pengkhianat kamiTalhah dan Zubair RA telah perangi pada hari peperangan al-Jamal. Orang yang zalim pula inilah tempat kami bertolak daripada sisi mereka, iaitu Mu’awiyah dan Umar. Orang yang murtad pula adalah ahli al-Tarfawat, al-Su’aifat, al-Nukhailat, dan al-Nahrawanat. Demi Allah aku tidak mengetahui di manakah mereka. Tetapi mereka perlu dibunuh jika Allah mengehendaki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399-400, hadis nombor 141. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

[ذكره بدون تعليق.]

[Disebutkan tanpa komentar]

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.