Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أبا الحسَنِ! أفلا أعلِّمُكَ كَلِماتٍ ينفعُكَ اللَّهُ بِهِنَّ، وينفَعُ بِهِنَّ مَن علَّمتَهُ، ويثبِّتُ ما تعلَّمتَ في صدرِكَ؟ قالَ: أجَل يا رسولَ اللَّهِ فعلِّمني. قالَ: إذا كانَ ليلةُ الجمعةِ، فإذا استَطعتَ أن تقومَ في ثلثِ اللَّيلِ الآخِرِ فإنَّها ساعةٌ مَشهودةٌ، والدُّعاءُ فيها مُستجابٌ، وقد قالَ أخي يعقوبُ لبَنيهِ {سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي} يقولُ: حتَّى تأتيَ ليلةُ الجمعةِ، فإن لم تَستَطِع فقُم في وسطِها، فإن لم تستطع فقُم في أوَّلِها، فصلِّ أربعَ رَكَعاتٍ، تقرأُ في الرَّكعةِ الأولى بفاتحةِ الكتابِ وسورةِ يس وفي الرَّكعةِ الثَّانيةِ بفاتحةِ الكتابِ وحم الدُّخانِ، وفي الرَّكعةِ الثَّالثةِ بفاتحةِ الكتابِ والم تنزيلُ السَّجدةِ، وفي الرَّكعةِ الرَّابعةِ بفاتحةِ الكتابِ وتبارَكَ المفصَّلِ، فإذا فَرغتَ منَ التَّشَهُّدِ فاحمدِ اللَّهَ، وأحسِن الثَّناءَ علَى اللَّهِ، وصلِّ عليَّ وأحسِن، وعلَى سائرِ النَّبيِّينَ، واستغفِرْ للمؤمنينَ والمُؤْمِناتِ ولإخوانِكَ الَّذينَ سبقوكَ بالإيمانِ، ثمَّ قُل في آخرِ ذلِكَ: اللَّهمَّ ارحَمني بتركِ المعاصي أبدًا ما أبقيتَني، وارحمني أن أتَكَلَّفَ ما لا يَعنيني، وارزُقني حُسنَ النَّظرِ فيما يرضيكَ عنِّي، اللَّهمَّ بديعَ السَّماواتِ والأرضِ ذا الجلالِ والإِكْرامِ والعزَّةِ الَّتي لا تُرامُ، أسألُكَ يا اللَّهُ يا رَحمانُ بجلالِكَ ونورِ وجهِكَ أن تُلْزِمَ قلبي حِفظَ كتابِكَ كما علَّمتَني، وارزُقني أن أتلوَهُ علَى النَّحوِ الَّذي يُرضيكَ عنِّيَ، اللَّهمَّ بديعَ السَّماواتِ والأرضِ ذا الجلالِ والإِكْرامِ والعزَّةِ الَّتي لا ترامُ، أسألُكَ يا اللَّهُ يا رحمانُ بجلالِكَ ونورِ وجهِكَ أن تنوِّرَ بِكِتابِكَ بصري، وأن تُطْلِقَ بهِ لساني، وأن تفرِّجَ بهِ عَن قلبي، وأن تَشرحَ بهِ صدري، وأن تُعمِلَ بهِ بدَني، فإنَّهُ لا يُعينُني علَى الحقِّ غيرُكَ ولا يؤتيهِ إلَّا أنتَ، ولا حولَ ولا قوَّةَ إلَّا باللَّهِ العليِّ العظيمِ، يا أبا الحسَنِ فافعل ذلِكَ ثلاثَ جُمَعٍ أو خمس أو سبع تجاب بإذنِ اللَّهِ، والَّذي بَعثَني بالحقِّ ما أخطأَ مؤمنًا قطُّ قالَ عبدُ اللَّهِ بنُ عبَّاسٍ: فواللَّهِ ما لبثَ عليٌّ إلَّا خمسًا أو سبعًا حتَّى جاءَ علَى رسولَ اللَّهِ ﷺ في مثلِ ذلِكَ المَجلِسِ فقالَ: يا رسولَ اللَّهِ، إنِّي كنتُ فيما خلا لا آخذُ إلَّا أربعَ آياتٍ أو نحوَهُنَّ، وإذَا قراتهن علَى نفسي تفلَّتنَ وأَنا أتعلَّمُ اليومَ أربعينَ آيةً أو نحوَها، وإذا قرأتُها علَى نَفسي فَكَأنَّما كتابُ اللَّهِ بينَ عينييَّ ، ولقد كنتُ أسمَعُ الحديثَ فإذا ردَّدتُهُ تفلَّتَ وأَنا اليومَ أسمعُ الأحاديثَ فإذا تحدَّثتُ بِها لم أخرِم منها حَرفًا، فقالَ لهُ رسولُ ﷺ عندَ ذلِكَ: مؤمِنٌ وربِّ الكعبةِ يا أبا الحسَنِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abu al-Hasan! Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu beberapa kalimah yang Allah akan berikan manfaat kepadamu melaluinya dan ia boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang engkau ajarkannya, serta memantapkan apa yang telah engkau pelajari dalam dadamu?, Ali menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Jika begitu, ajarkanlah aku. Baginda bersabda: Apabila tiba malam Jumaat, jika kamu mampu bangun pada 1/3 akhir malam tersebut - kerana ia waktu yang disaksikan dan berdoa pada waktu itu mustajab. Saudaraku, Ya'qub telah berkata kepada anak-anaknya: {Aku akan meminta keampunan untuk kamu kepada Tuhanku}, Baginda berkata: Hingga datangnya malam Jumaat -, jika kamu tidak mampu, maka bangunlah pada pertengahannya, jika kamu tidak mampu maka bangunlah pada awalnya, lalu lakukanlah solat empat rakaat, engkau bacakan pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan surah Yasin, pada rakaat kedua pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Dukhan, pada rakaat ketiga pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat kamu bacakan surah al-Fatihah dan surah Tabarak (al-Mulk). Setelah selesai tasyahhud, maka bertahmidlah kepada Allah dan memuji Allah dengan sebaik-baiknya, berselawat kepadaku dan kepada sekalian para Nabi dengan sebaik-baiknya, mintalah keampunan untuk orang-orang mukmin dan mukminat, untuk saudara-saudara kamu yang mendahului kamu dalam beriman, kemudian katakanlah pada akhirnya: 'Ya Allah! Rahmatilah aku untuk meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi Engkau hidupkan aku, rahmatilah aku daripada aku terbeban dengan perkara yang tidak bermanfaat untukku, rezekikanlah kepadaku pandangan yang baik terhadap perkara yang Engkau sukai terhadapku. Ya Allah! Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan serta keunggulan yang berkekalan. Ya Allah! Ya Rahman! Aku meminta kepadaMu dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau melazimkan hatiku untuk menghafal KitabMu sebagaimana yang Engkau telah ajarkan kepadaku, rezekikanlah aku untuk membacanya dengan cara yang Engkau redhai terhadapku. Ya Allah! Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan, kemuliaan serta keunggulan yang berkekalan! Ya Allah! Ya Rahman! Aku meminta kepadaMu dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau menyinari KitabMu pada pandanganku dan disebut-sebut oleh lidahku, dipermudahkan bacaannya daripada hatiku, dilapangkan dadaku untuknya, tubuh badanku dapat beramal dengannya kerana tidak akan ada yang dapat membantuku untuk berada di atas kebenaran selainMu, tidak ada yang dapat membawakannya melainkan Engkau, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, Wahai Abu al-Hasan! Lakukanlah ia sebanyak tiga kali Jumaat atau lima kali atau tujuh kali, pasti akan dimustajabkan dengan izin Allah. Demi Tuhan yang telah membangkitkanku dengan kebenaran! Ia tidak akan tersasar pada seorang mukmin sedikit pun. 'Abdullah bin 'Abbas berkata: Demi Allah! Tidaklah lama Ali (mengasingkan diri) melainkan setelah dia melakukan lima atau tujuh kali hinggalah dia datang menemui Rasulullah SAW dalam majlis seperti itu, lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dulu hanya empat ayat atau seumpamanya yang aku ambil, apabila aku ingin membacanya pada diriku, ia hilang. Hari ini, aku boleh mempelajari 40 ayat atau seumpamanya, apabila aku membacanya pada diriku, Kitab Allah seolah-olah sedang berada di hadapan mataku. Dulu apabila aku mendengar satu hadis lalu aku mahu mengulanginya, ia hilang. Hari ini apabila aku mendengar beberapa hadith, apabila aku menyampaikannya aku tidak mengurangi satu huruf pun daripada hadith-hadith tersebut. Rasulullah SAW pun bersabda kepada Ali ketika itu: Kamu adalah seorang mukmin, demi Tuhan Ka'bah, wahai Abu al-Hasan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1459, hadis no. 7424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA bahawa beliau berkata: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba Ali bin Abi Talib datang kepada Baginda lalu berkata: Apa saja untukmu walau ayah dan ibuku menjadi galang ganti! Al-Qur'an telah hilang daripada dadaku! Aku tidak mampu membacanya. Rasulullah SAW pun bersabda kepada beliau: Wahai Abu al-Hasan! Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu beberapa kalimah yang Allah akan berikan manfaat kepadamu melaluinya dan ia boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang engkau ajarkannya, serta memantapkan apa yang telah engkau pelajari dalam dadamu?, Ali menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Jika begitu, ajarkanlah aku. Baginda bersabda: Apabila tiba malam Jumaat, jika kamu mampu bangun pada 1/3 akhir malam tersebut - kerana ia waktu yang disaksikan dan berdoa pada waktu itu mustajab. Saudaraku, Ya'qub telah berkata kepada anak-anaknya: {Aku akan meminta keampunan untuk kamu kepada Tuhanku}, Baginda berkata: Hingga datangnya malam Jumaat -, jika kamu tidak mampu, maka bangunlah pada pertengahannya, jika kamu tidak mampu maka bangunlah pada awalnya, lalu lakukanlah solat empat rakaat, engkau bacakan pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan surah Yasin, pada rakaat kedua pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Dukhan, pada rakaat ketiga pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah dan pada rakaat keempat kamu bacakan surah al-Fatihah dan surah Tabarak (al-Mulk). Setelah selesai tasyahhud, maka bertahmidlah kepada Allah dan memuji Allah dengan sebaik-baiknya, berselawat kepadaku dan kepada sekalian para Nabi dengan sebaik-baiknya, mintalah keampunan untuk orang-orang mukmin dan mukminat, untuk saudara-saudara kamu yang mendahului kamu dalam beriman, kemudian katakanlah pada akhirnya: 'Ya Allah! Rahmatilah aku untuk meninggalkan maksiat selama-lamanya selagi Engkau hidupkan aku, rahmatilah aku daripada aku terbeban dengan perkara yang tidak bermanfaat untukku, rezekikanlah kepadaku pandangan yang baik terhadap perkara yang Engkau sukai terhadapku. Ya Allah! Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan serta keunggulan yang berkekalan. Ya Allah! Ya Rahman! Aku meminta kepadaMu dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau melazimkan hatiku untuk menghafal KitabMu sebagaimana yang Engkau telah ajarkan kepadaku, rezekikanlah aku untuk membacanya dengan cara yang Engkau redhai terhadapku. Ya Allah! Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, yang mempunyai keagungan, kemuliaan serta keunggulan yang berkekalan! Ya Allah! Ya Rahman! Aku meminta kepadaMu dengan keagunganMu dan cahaya wajahMu agar Engkau menyinari KitabMu pada pandanganku dan disebut-sebut oleh lidahku, dipermudahkan bacaannya daripada hatiku, dilapangkan dadaku untuknya, tubuh badanku dapat beramal dengannya kerana tidak akan ada yang dapat membantuku untuk berada di atas kebenaran selainMu, tidak ada yang dapat membawakannya melainkan Engkau, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, Wahai Abu al-Hasan! Lakukanlah ia sebanyak tiga kali Jumaat atau lima kali atau tujuh kali, pasti akan dimustajabkan dengan izin Allah. Demi Tuhan yang telah membangkitkanku dengan kebenaran! Ia tidak akan tersasar pada seorang mukmin sedikit pun. 'Abdullah bin 'Abbas berkata: Demi Allah! Tidaklah lama Ali (mengasingkan diri) melainkan setelah dia melakukan lima atau tujuh kali hinggalah dia datang menemui Rasulullah SAW dalam majlis seperti itu, lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dulu hanya empat ayat atau seumpamanya yang aku ambil, apabila aku ingin membacanya pada diriku, ia hilang. Hari ini, aku boleh mempelajari 40 ayat atau seumpamanya, apabila aku membacanya pada diriku, Kitab Allah seolah-olah sedang berada di hadapan mataku. Dulu apabila aku mendengar satu hadis lalu aku mahu mengulanginya, ia hilang. Hari ini apabila aku mendengar beberapa hadith, apabila aku menyampaikannya aku tidak mengurangi satu huruf pun daripada hadith-hadith tersebut. Rasulullah SAW pun bersabda kepada Ali ketika itu: Kamu adalah seorang mukmin, demi Tuhan Ka'bah, wahai Abu al-Hasan. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Asbahani, Ibn 'Asakir dalam Juz Akhbar Hifz al-Qur'an, al-Dhiya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3374]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman