Wahai Abu Al-Hasan, hendakkah kamu aku ajarkan kamu beberapa kalimah yang Allah akan memberi manfaat kepada kamu dengannya

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا الحسن ! أفلا أعلمك كلمات ينفعك الله بهن، وينفع بهن من علمته، ويثبت ما تعلمت في صدرك ؟ قال: أجل يا رسول الله فعلمني. قال: إذا كان ليلة الجمعة، فإذا استطعت أن تقوم في ثلث الليل الآخر فإنها ساعة مشهودة، والدعاء فيها مستجاب، وقد قال أخي يعقوب لبنيه سوف أستغفر لكم ربي يقول: حتى تأتي ليلة الجمعة، فإن لم تستطع فقم في وسطها، فإن لم تستطع فقم في أولها، فصل أربع ركعات، تقرأ في الركعة الأولى بفاتحة الكتاب وسورة يس وفي الركعة الثانية بفاتحة الكتاب وحم الدخان، وفي الركعة الثالثة بفاتحة الكتاب والم تنزيل السجدة، وفي الركعة الرابعة بفاتحة الكتاب وتبارك المفصل، فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله، وأحسن الثناء على الله، وصل علي وأحسن، وعلى سائر النبيين، واستغفر للمؤمنين والمؤمنات ولإخوانك الذين سبقوك بالإيمان، ثم قل في آخر ذلك: اللهم ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني، وارحمني أن أتكلف ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني، اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام، أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني، وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني، اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام، أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري، وأن تطلق به لساني، وأن تفرج به عن قلبي، وأن تشرح به صدري، وأن تعمل به بدني، فإنه لا يعينني على الحق غيرك ولا يؤتيه إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، يا أبا الحسن فافعل ذلك ثلاث جمع أو خمس أو سبع تجاب بإذن الله، والذي بعثني بالحق ما أخطأ مؤمنا قط قال عبد الله بن عباس: فوالله ما لبث علي إلا خمسا أو سبعا حتى جاء على رسول الله صلى الله عليه وسلم في مثل ذلك المجلس فقال: يا رسول الله، إني كنت فيما خلا لا آخذ إلا أربع آيات أو نحوهن، وإذا قراتهن على نفسي تفلتن وأنا أتعلم اليوم أربعين آية أو نحوها، وإذا قرأتها على نفسي فكأنما كتاب الله بين عينيي ، ولقد كنت أسمع الحديث فإذا رددته تفلت وأنا اليوم أسمع الأحاديث فإذا تحدثت بها لم أخرم منها حرفا، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم عند ذلك: مؤمن ورب الكعبة يا أبا الحسن .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu al-Hasan, hendakkah kamu aku ajarkan kamu beberapa kalimah yang Allah akan memberi manfaat kepada kamu dengannya, serta mendapat manfaat dengannya mereka yang engkau ajarkan beberapa kalimah tersebut, serta akan kekal di dalam dadamu apa yang kau telah pelajari? ‘Ali menjawab: Sudah tentu (aku mahu) wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku. Baginda berkata: Sekiranya pada malam Jumaat, jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, kerana sesungguhnya ia merupakan waktu yang disaksikan, dan berdoa padanya (di waktu itu) mustajab, dan telah berkata saudaraku Ya’qub kepada anak-anaknya: Aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Baginda berkata : Sehingga datangnya malam Jumaat. Sekiranya kamu tidak mampu, maka bangunlah pada pertengahan malamnya dan sekiranya kamu tak mampu, bangunlah pada awalnya. Lalu hendaklah kamu dirikan solat sebanyak empat rakaat; yang mana kamu membaca surah al-Fatihah dan juga surah Yasin pada rakaat yang pertama. Pada rakaat kedua pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Dukhkhan. Pada rakaat ketiga kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah. Manakala pada rakaat keempat kamu membaca surah al-Fatihah dan surah ‘Tabaaraka’ al-Mufassal.
Setelah kamu selesai tasyahhud, maka pujilah Allah dan perelokkanlah pujian ke atas Allah, serta berselawatlah kamu ke atasku dan perelokkannya. Juga berselawatlah kamu ke atas seluruh para Nabi serta pohonkanlah keampunan buat golongan mukminin dan mukminat, dan pohonlah keampunan buat golongan yang telah mendahului kamu dengan keimanan. Kemudian pada penghujungnya, ucapkanlah: Ya Allah rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat selamanya selama Kau kekalkan aku. Rahmatilah aku dari aku khususnya pada perkara yang tidak memberi manfaat kepadaku. Berilah rezeki kepadaku untuk aku memiliki pandangan yang baik terhadap perkara yang meredhakan-Mu. Ya Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh lapisan langit dan juga bumi, wahai Tuhan yang memiliki keagungan, kemuliaan, serta keizzahan yang tidak berkurang. Aku memohon kepada-Mu ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah dengan kemuliaan-Mu dan juga cahaya wajah-Mu agar Kau menerangkan penglihatanku dengan cahaya kitab-Mu, agar Kau melancarkan lisanku dengan kitab-Mu, agar Kau merawat jantung hatiku dengannya, Kau melapangkan dadaku dengannya, Kau jadikan tubuhku mengamalkannya, kerana sesungguhnya tidak ada yang membantuku ke atas kebenaran selain-Mu serta tidak ada yang dapat mendatangkan kebenaran selain-Mu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah ia selama tiga kali Jumaat, atau lima kali, atau tujuh kali. Nescaya akan dimustajabkan dengan izin Allah. Demi zat yang mengutuskan aku dengan kebenaran, seorang mukmin itu tidak akan tersilap walau sekalipun.
Kemudian Ibn ‘Abbas berkata: Tidaklah ‘Ali melakukannya sehingga 5 atau 7 kali Jumaat, sehingga beliau datang semula kepada Rasulullah S.A.W pada majlis yang sama seperti dahulu. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah, dahulu aku tidak dapat mengambil melainkan empat ayat atau seumpamanya sahaja. Apabila aku membacanya, ia akan hilang. Pada hari ini, aku mempelajari empat puluh ayat dalam sehari, atau seumpamanya, dan apabila aku membacanya seakan-akan kitab Allah itu berada di antara dua mataku. Begitu juga dahulu aku mendengar satu hadis, dan apabila aku ingin mengulangnya semula, ia akan hilang. Manakala pada hari ini aku mendengar beberapa hadis, dan apabila aku membacakannya semula, aku tidak meninggalkan walah satu huruf pun. Maka Rasulullah S.A.W berkata : Itulah seorang mukmin – demi Tuhan Ka’bah – wahai Abu al-Hasan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 278, hadis nombor 1449. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أنه قال: بينما نحن عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إذ جاءه علي بن أبي طالب فقال: بأبي أنت وأمي تفلت هذا القرآن من صدري، فما أجدني أقدر عليه، فقال له رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((يا أبا الحسن! أفلا أعلمك كلمات ينفعك الله بهن، وينفع بهن من علمته، ويثبت ما في صدرك؟ قال: أجل يا رسول الله! فعلمني. قال: إذا كان ليلة الجمعة، فإذا استطعت أن تقوم في ثلث الليل الآخر -، فإنها ساعة مشهودة، والدعاء فيها مستجاب، وقد قال أخي يعقوب لبنيه: (سوف أستغفر لكم ربي). يقول: حتى تأتي ليلة الجمعة – فإن لم تستطع، فقم في وسطها، فإن لم تستطع فقم في أولها، فصل أربع ركعات: تقرأ في الركعة الأولى بفاتحة الكتاب وسورة (يس)، وفي الركعة الثانية بفاتحة الكتاب و (حم) الدخان، وفي الركعة الثالثة بفاتحة الكتاب و (الم. تنزيل) السجدة، وفي الركعة الرابعة بفاتحة الكتاب و (تبارك) المفصل، فإذا فرغت من التشهد فاحمد الله، وأحسن الثناء على الله وصل علي، وأحسن، وعلى سائر النبيين، واستغفر للمؤمنين، والمؤمنات، ولإخوانك الذين سبقوك بالإيمان، ثم قل في آخر ذلك: اللهم ارحمني بترك المعاصي أبداً ما أبقيتني، وارحمني أن أتكلف ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني. اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام! أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تلزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني، وارزقني أن أتلوه على النحو الذي يرضيك عني. اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام والعزة التي لا ترام! أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك أن تنور بكتابك بصري، وأن تطلق به لساني، وأن تفرج به عن قلبي، وأن تشرح به صدري، وأن تعمل به بدني؛ فإنه لا يعينني على الحق غيرك، ولا يؤتيه إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم. يا أبا الحسن! فافعل ذلك ثلاث جمع، أو خمس، أو سبع؛ تجاب بإذن الله. والذي بعثني بالحق! ما أخطأ مؤمناً قط. قال عبد الله بن عباس: فوالله! ما لبث علي إلا خمساً أو سبعاً حتى جاء على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في مثل ذلك المجلس، فقال: يا رسول الله! إني كنت فيما خلا لا آخذ إلا أربع آيات، أو نحوهن. وإذا قرأتهن على نفسي تفلتن، وأنا أتعلم اليوم أربعين آية، أو نحوها، وإذا قرأتها على نفسي فكأنما كتاب الله بين عيني، ولقد كنت أسمع الحديث فإذا رددته تفلت، وأنا اليوم أسمع الأحاديث فإذا تحدثت بها لم أخرم منها حرفاً. فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عند ذلك: مؤمن – ورب الكعبة -! يا أبا الحسن)).
[ت، ك، الأصبهاني، ابن عساكر في "جزء أخبار حفظ القرآن"، الضياء، ((الضعيفة)) (3374)]

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma―, beliau berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba ‘Ali bin Abi Thalib datang kepada baginda lalu berkata: Demi ayah dan ibuku untukmu wahai Rasulullah, al-Quran ini sudah semakin menghilang dari dadaku (hafalanku) dan aku mendapati bahawa aku tidak mampu menghalangnya. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepadanya: Wahai Abu al-Hasan, hendakkah kamu aku ajarkan kamu beberapa kalimah yang Allah akan memberi manfaat kepada kamu dengannya, serta mendapat manfaat dengannya mereka yang engkau ajarkan beberapa kalimah tersebut, serta akan kekal di dalam dadamu apa yang kau telah pelajari? ‘Ali menjawab: Sudah tentu (aku mahu) wahai Rasulullah, ajarkanlah kepadaku. Baginda berkata: Sekiranya pada malam Jumaat, jika kamu mampu untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir, kerana sesungguhnya ia merupakan waktu yang disaksikan, dan berdoa padanya (di waktu itu) mustajab, dan telah berkata saudaraku Ya’qub kepada anak-anaknya: Aku akan meminta ampun kepada Tuhanku untuk kamu. Baginda berkata : Sehingga datangnya malam Jumaat. Sekiranya kamu tidak mampu, maka bangunlah pada pertengahan malamnya dan sekiranya kamu tak mampu, bangunlah pada awalnya. Lalu hendaklah kamu dirikan solat sebanyak empat rakaat; yang mana kamu membaca surah al-Fatihah dan juga surah Yasin pada rakaat yang pertama. Pada rakaat kedua pula kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Dukhkhan. Pada rakaat ketiga kamu membaca surah al-Fatihah dan surah al-Sajdah. Manakala pada rakaat keempat kamu membaca surah al-Fatihah dan surah ‘Tabaaraka’ al-Mufassal.
Setelah kamu selesai tasyahhud, maka pujilah Allah dan perelokkanlah pujian ke atas Allah, serta berselawatlah kamu ke atasku dan perelokkannya. Juga berselawatlah kamu ke atas seluruh para Nabi serta pohonkanlah keampunan buat golongan mukminin dan mukminat, dan pohonlah keampunan buat golongan yang telah mendahului kamu dengan keimanan. Kemudian pada penghujungnya, ucapkanlah: Ya Allah rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat selamanya selama Kau kekalkan aku. Rahmatilah aku dari aku khususnya pada perkara yang tidak memberi manfaat kepadaku. Berilah rezeki kepadaku untuk aku memiliki pandangan yang baik terhadap perkara yang meredhakan-Mu. Ya Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh lapisan langit dan juga bumi, wahai Tuhan yang memiliki keagungan, kemuliaan, serta keizzahan yang tidak berkurang. Aku memohon kepada-Mu ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah dengan kemuliaan-Mu dan juga cahaya wajah-Mu agar Kau menerangkan penglihatanku dengan cahaya kitab-Mu, agar Kau melancarkan lisanku dengan kitab-Mu, agar Kau merawat jantung hatiku dengannya, Kau melapangkan dadaku dengannya, Kau jadikan tubuhku mengamalkannya, kerana sesungguhnya tidak ada yang membantuku ke atas kebenaran selain-Mu serta tidak ada yang dapat mendatangkan kebenaran selain-Mu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Wahai Abu al-Hasan, lakukanlah ia selama tiga kali Jumaat, atau lima kali, atau tujuh kali. Nescaya akan dimustajabkan dengan izin Allah. Demi zat yang mengutuskan aku dengan kebenaran, seorang mukmin itu tidak akan tersilap walau sekalipun.
Kemudian Ibn ‘Abbas berkata: Tidaklah ‘Ali melakukannya sehingga 5 atau 7 kali Jumaat, sehingga beliau datang semula kepada Rasulullah S.A.W pada majlis yang sama seperti dahulu. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah, dahulu aku tidak dapat mengambil melainkan empat ayat atau seumpamanya sahaja. Apabila aku membacanya, ia akan hilang. Pada hari ini, aku mempelajari empat puluh ayat dalam sehari, atau seumpamanya, dan apabila aku membacanya seakan-akan kitab Allah itu berada di antara dua mataku. Begitu juga dahulu aku mendengar satu hadis, dan apabila aku ingin mengulangnya semula, ia akan hilang. Manakala pada hari ini aku mendengar beberapa hadis, dan apabila aku membacakannya semula, aku tidak meninggalkan walah satu huruf pun. Maka Rasulullah S.A.W berkata: Itulah seorang mukmin – demi Tuhan Ka’bah – wahai Abu al-Hasan.
[Riwayat Sunan al-Tirmizi, Mustadrak al-Hakim, al-Asbahani, Ibn ‘Asakir dalam Juzu’ Akhbar Hifz al-Quran, al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3374]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs