Wahai Abu al-Darda’, jika kutu menyakitimu maka ambillah sebekas air

TEKS BAHASA ARAB

يا أبا الدرداء! إذا أذاك البراغيث فخذ قدحا من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {وما لنا أن لا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا ثم ترش حول فراشك، فإنك تبيت تلك الليلة آمنا من شرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu al-Darda’, jika kutu menyakitimu maka ambillah sebekas air dan bacakanlah padanya tujuh kali ayat: "Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah" [Surah Ibrahim: 12], maka sekiranya kalian beriman kepada Allah, maka hentikanlah kejahatan dan gangguan kalian terhadap kami". Kemudian kamu renjiskan di sekitar tilammu. Nescaya kamu akan menginap pada malam itu dalam keadaan selamat daripada kejahatan mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431, hadis nombor 2323. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يا أبا الدرداء! إذا أذاك البراغيث فخذ قدحا من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {وما لنا أن لا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا ثم ترش حول فراشك، فإنك تبيت تلك الليلة آمنا من شرهم». [قر، «الضعيفة» (6408)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Wahai Abu al-Darda’, jika kutu menyakitimu maka ambillah sebekas air dan bacakanlah padanya tujuh kali ayat: "Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah" [Surah Ibrahim: 12], maka sekiranya kalian beriman kepada Allah, maka hentikanlah kejahatan dan gangguan kalian terhadap kami". Kemudian kamu renjiskan di sekitar tilammu. Nescaya kamu akan menginap pada malam itu dalam keadaan selamat daripada kejahatan mereka". [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs