Wahai Abu al-Darda’, apabila pepijat menyakiti kamu maka ambillah sebekas air, lalu bacakanlah padanya sebanyak tujuh kali: Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا أبا الدرداء! إذا آذاك البراغيث فخذ قدحا من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {وما لنا ألا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا، ثم ترش حول فراشك؛ فإنك تبيت تلك الليلة آمنا من شرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abu al-Darda’, apabila pepijat menyakiti kamu maka ambillah sebekas air, lalu bacakanlah padanya sebanyak tujuh kali: “Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah” ayat tersebut. Sekiranya kamu beriman dengan Allah, hentikanlah kejahatan dan kesakitan kamu kepada kami”. Kemudian hendaklah kamu merenjiskan (air tersebut) di sekeliling tilam kamu. Kerana sesungguhnya kamu akan bermalam pada malam tersebut dalam keadaan selamat daripada keburukan mereka (pepijat).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 239, hadis nombor 1256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يا أبا الدرداء! إذا آذاك البراغيث فخذ قدحاً من ماء، واقرأ عليه سبع مرات: {ومالنا ألا نتوكل على الله} الآية، فإن كنتم آمنتم بالله فكفوا شركم وأذاكم عنا، ثم ترش حول فراشك؛ فإنك تبيت تلك الليلة آمناً من شرهم». [فر،«الضعيفة» (6408)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Wahai Abu al-Darda’, apabila pepijat menyakiti kamu maka ambillah sebekas air, lalu bacakanlah padanya sebanyak tujuh kali: “Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah” ayat tersebut. Sekiranya kamu beriman dengan Allah, hentikanlah kejahatan dan kesakitan kamu kepada kami”. Kemudian hendaklah kamu merenjiskan (air tersebut) di sekeliling tilam kamu. Kerana sesungguhnya kamu akan bermalam pada malam tersebut dalam keadaan selamat daripada keburukan mereka (pepijat). [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.