Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عبدَ الرحمنِ إنكَ من الأغنياءِ ولن تدخلَ الجنةَ إلا زحفًا فأقْرِضِ اللهَ يُطلقْ قَدَمَكَ . فقال عبدُ الرحمنِ : ما الذي أُقرضُ أو أُخرجُ ؟ وفي روايةٍ : وما الذي أُقرضُ اللهَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : تبدأُ بما أمسيتَ فيهِ . قال : أَمِنْ كلِّهِ أجمعُ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : نعم ، وخرجَ عبدُ الرحمنِ وهو يَهُمُّ بذلكَ ، فبعثَ إليهِ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال : إنَّ جبريلَ قال : مُرْ عبدَ الرحمنِ فليُضِفِ الضيفَ وليُطعمِ المسكينَ وليُعطِ السائلَ ويبدأُ بمن يعولُ فإنَّ ذلكَ يُجزيهِ من كثيرٍ ممَّا هو فيهِ
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abdul Rahman! Sesungguhnya engkau dari golongan kaya. Engkau tidak memasuki syurga melainkan dalam keadaan merangkak. Maka berikan pinjaman kepada Allah, Dia akan melepaskan ikatan di kaki engkau. Abdul Rahman Bin 'Auf berkata: Apa yang patut aku pinjamkan dan keluarkan? Dalam riwayat lain: apa yang patut aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Engkau mulakan dengan apa yang ada pada engkau. Abdul Rahman berkata: Adakah dari semua yang aku ada wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: Ya. Lalu Abdul Rahman pun keluar dan fokus untuk melakukan perkara tersebut. Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepadanya dan bersabda: Sesungguhnya Jibril berkata: Perintahkan Abdul Rahman untuk melayan tetamu, memberi makan kepada orang miskin dan berikanlah kepada orang yang meminta dan mulakan dengan orang yang dia sedang tanggung. Dia akan diberikan balasan yang banyak melebihi apa yang dia ada.
Sahabat Perawi
- Abdul Rahman bin 'Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 903, hadis no. 4626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا بل موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا عبد الرحمن إنك من الأغنياء ولن تدخل الجنة إلا زحفا فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله؟ قال: نعم وخرج عبد الرحمن وهو يهم بذلك فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إن جبريل قال: مر عبد الرحمن فليضف الضيف وليطعم المسكين وليعط السائل ويبدأ بمن يعول فإن ذلك يجزيه من كثير مماهو فيه. [ك, ابن سعد, البزار, حل, ابن عساكر, الضعيفة (6593)]
(Terlalu Munkar bahkan palsu) Daripada Abdul Rahman Bin 'Auf RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada aku: Wahai Abdul Rahman! Sesungguhnya engkau dari golongan kaya. Engkau tidak memasuki syurga melainkan dalam keadaan merangkak. Maka berikan pinjaman kepada Allah, Dia akan melepaskan ikatan di kaki engkau. Abdul Rahman Bin 'Auf berkata: Apa yang patut aku pinjamkan dan keluarkan? Dalam riwayat lain: apa yang patut aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Engkau mulakan dengan apa yang ada pada engkau. Abdul Rahman berkata: Adakah dari semua yang aku ada wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: Ya. Lalu Abdul Rahman pun keluar dan fokus untuk melakukan perkara tersebut. Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepadanya dan bersabda: Sesungguhnya Jibril berkata: Perintahkan Abdul Rahman untuk melayan tetamu, memberi makan kepada orang miskin dan berikanlah kepada orang yang meminta dan mulakan dengan orang yang dia sedang tanggung. Dia akan diberikan balasan yang banyak melebihi apa yang dia ada. [Al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn Sa’ad, Al-Bazzar, Abu Nu’aim di dalam Al-Hilyah, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 6593].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman