Wahai Abdallah! Telah datang kepadaku malaikat lalu berkata: Wahai Muhammad! Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu

TEKS BAHASA ARAB

يا عبد الله! أتاني ملك فقال: يا محمد! [واسأل من أرسلنا قبلك من رسلنا] على ما بعثوا؟ قال: قلت: على ما بعثوا؟ قال: على ولايتك وولاية علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abdallah! Telah datang kepadaku malaikat lalu berkata: "Wahai Muhammad! Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu”. [al-Zukhruf: 45] untuk apa mereka diutuskan? Telah berkata (Rasulullah SAW): Aku berkata: Untuk apa mereka diutuskan? Jawab Malaikat: Untuk pemerintahanmu dan pemerintahan Ali bin Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1499, hadis nombor 7645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((يا عبد الله! أتاني ملك فقال: يا محمد! [واسأل من أرسلنا قبلك من رسلنا] على ما بعثوا؟ قال: قلت: على ما بعثوا؟ قال: على ولايتك وولاية علي بن أبي طالب)). [ابن عساكر، الحاكم ((معرفة علوم الحديث)) (4884)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Abdallah! Telah datang kepadaku malaikat lalu berkata: "Wahai Muhammad! Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu". [al-Zukhruf: 45] untuk apa mereka diutuskan? Telah berkata (Rasulullah SAW): Aku berkata: Untuk apa mereka diutuskan? Jawab Malaikat: Untuk pemerintahanmu dan pemerintahan Ali bin Talib. [Ibn Asakir, al-Hakim fi Ma’rifah Ulum al-Hadith, Silsilah al-Da'ifah (4884)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs