Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا عَبْدَ اللهِ! أَتَانِي مَلَكٌ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! [وَسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا قَبْلِكَ مِنْ رُّسُلِنَا] عَلَى مَا بُعِثُوا؟ قَالَ: قُلْتُ: عَلَى مَا بُعِثُوا؟ قَالَ: عَلَى وِلَايَتِكَ وَوِلَايَةِ عَلَيَّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Abdallah! Telah datang kepadaku malaikat lalu berkata: "Wahai Muhammad! Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu”. [al-Zukhruf: 45] untuk apa mereka diutuskan? Telah berkata (Rasulullah SAW): Aku berkata: Untuk apa mereka diutuskan? Jawab Malaikat: Untuk pemerintahanmu dan pemerintahan Ali bin Talib.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1499, hadis no. 7645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((يا عبد الله! أتاني ملك فقال: يا محمد! [واسأل من أرسلنا قبلك من رسلنا] على ما بعثوا؟ قال: قلت: على ما بعثوا؟ قال: على ولايتك وولاية علي بن أبي طالب)). [ابن عساكر، الحاكم ((معرفة علوم الحديث)) (4884)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Abdallah! Telah datang kepadaku malaikat lalu berkata: "Wahai Muhammad! Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu". [al-Zukhruf: 45] untuk apa mereka diutuskan? Telah berkata (Rasulullah SAW): Aku berkata: Untuk apa mereka diutuskan? Jawab Malaikat: Untuk pemerintahanmu dan pemerintahan Ali bin Talib. [Ibn Asakir, al-Hakim fi Ma’rifah Ulum al-Hadith, Silsilah al-Da'ifah (4884].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman