Sangat Munkar, Bahkan Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai ‘Abd al-Rahman, sesungguhnya kamu tergolong dalam kalangan orang yang kaya, dan kamu tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan secara merangkak

Teks Bahasa Arab

يا عبدَ الرحمنِ إنكَ من الأغنياءِ ، ولن تدخلَ الجنةَ إلا زحفًا ، فأقْرِضِ اللهَ يُطلقْ قَدَمَكَ . فقال عبدُ الرحمنِ : ما الذي أُقرضُ أو أُخرجُ ؟ وفي روايةٍ : وما الذي أُقرضُ اللهَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : تبدأُ بما أمسيتَ فيهِ . قال : أَمِنْ كلِّهِ أجمعُ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : نعم ، وخرجَ عبدُ الرحمنِ وهو يَهُمُّ بذلكَ ، فبعثَ إليهِ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال : إنَّ جبريلَ قال : مُرْ عبدَ الرحمنِ فليُضِفِ الضيفَ وليُطعمِ المسكينَ وليُعطِ السائلَ ويبدأُ بمن يعولُ فإنَّ ذلكَ يُجزيهِ من كثيرٍ ممَّا هو فيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai ‘Abd al-Rahman, sesungguhnya kamu tergolong dalam kalangan orang yang kaya, dan kamu tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan secara merangkak. Lalu Abd Al-Rahman berkata: Apakah yang dipinjam atau dikeluarkan ? (Dalam riwayat lain : Apakah yang harus aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah ? Baginda bersabda: “Kau mulakanlah dengan apa apa pada petangmu.” Beliau berkata: Adakah aku perlu menghimpunkan dari keseluruhannya wahai Rasulullah ? Baginda berkata: “Ya.”. Kemudian Abd Al-Rahman keluar dalam keadaan khuatir, kemudian Rasulullah S.A.W diberikan khabar lalu berkata: “Sesungguhnya Jibril berkata: Berjalannya Abd al-Rahman dengan dia memberi layanan kepada tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi sedekah kepada orang yang meminta dan dia juga memulakan dengan mereka yang berada di bawah tanggungannya. Sesungguhnya perbuatan tersebut telah memadainya daripada banyaknya harta yang dia miliki

Sahabat Perawi

  1. ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar, Bahkan Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 149, hadis no. 752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا، بل موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا عبد الرحمن! إنك من الأغنياء، ولن تدخل الجنة إلا زحفاً، فأقرض الله يطلق قدمك. فقال عبد الرحمن: ما الذي أقرض أو أخرج؟ (وفي رواية: وما الذي أقرض الله يا رسول الله! قال: تبدأ بما أمسيت فيه. قال: أمن كله أجمع يا رسول الله!؟ قال: نعم) ، وخرخ عبد الرحمن [وهو يهئم بذلك] ، فبعث إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: [إن جبريل قال:] مر عبد الرحمن فليضف الضيف، وليطعيم المسكين، وليعط السائل، [ويبدأ بمن يعول] ، فإن ذلك يجزيه من كثيرٍ مماهو فيه)). [ك، ابن سعد، البزار، حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6593)]

(Sangat munkar, bahkan palsu) Daripada ‘Abd Al-Rahman bin ‘Auf RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai ‘Abd al-Rahman, sesungguhnya kamu tergolong dalam kalangan orang yang kaya, dan kamu tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan secara merangkak. Lalu Abd Al-Rahman berkata: Apakah yang dipinjam atau dikeluarkan ? (Dalam riwayat lain : Apakah yang harus aku pinjamkan kepada Allah wahai Rasulullah ? Baginda bersabda: “Kau mulakanlah dengan apa apa pada petangmu.” Beliau berkata: Adakah aku perlu menghimpunkan dari keseluruhannya wahai Rasulullah ? Baginda berkata: “Ya.”. Kemudian Abd Al-Rahman keluar dalam keadaan khuatir, kemudian Rasulullah S.A.W diberikan khabar lalu berkata: “Sesungguhnya Jibril berkata: Berjalannya Abd al-Rahman dengan dia memberi layanan kepada tetamu, memberi makan kepada orang miskin, memberi sedekah kepada orang yang meminta dan dia juga memulakan dengan mereka yang berada di bawah tanggungannya. Sesungguhnya perbuatan tersebut telah memadainya daripada banyaknya harta yang dia miliki. [Riwayat Mustadrak al-Hakim, Ibn Sa’d, al-Bazzar, Al-Hilyah al-Awliya’ oleh Abi Nu’aim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6593]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.