Wahai 'Abbas, wahai pakcik, mahukah aku memberikan kepadamu, mahukah aku mewasiatkan kepadamu

TEKS BAHASA ARAB

يا عباس يا عماه ألا أعطيك ألا أمنحك ألا أحبك ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله ذنبك أوله وآخره قديمه وحديثه خطاه وعمده صغيره وكبيره سره وعلانيته عشر خصال أن تصلي أربع ركعات تقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وسورة، فإذا أفرغت من القراءة في أول ركعة وأنت قائم قلت سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر خمس عشرة مرة تركع فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشرا ثم تهوي ساجدا فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك من السجود فتقوله عشرا ثم تسجد فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك فتقولها عشرا فذلك خمس وسبعون في كل ركعة تفعل ذلك في أربع ركعات إن استطعت أن تصليها كل يوم مرة فافعل فإن لم تفعل ففي كل جمعة مرة فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة فإن لم تفعل ففي عمرك مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai ‘Abbas, wahai pakcik, mahukah aku memberikan kepadamu, mahukah aku mewasiatkan kepadamu, mahukah aku mengurniakanmu, aku sangat suka kepadamu, mahukah aku lakukan untuk kalian sepuluh perkara, apabila engkau lakukan maka diampunkan dosa oleh Allah; awal dan, akhir, yang lama dan yang baharu, yang tersalah dan sengaja, yang besar dan yang kecil dan yang tersembunyi dan yang nyata. Sepuluh perkara; engkau laksanakan solat empat rakaat dengan membaca al-Fatiḥah dan surah pada setiap rakaat. Seusai membaca surah pada rakaat pertama maka bacalah dalam keadaan berdiri: (سبحان الله, والحمد لله, ولاإله إلا الله, والله أكبر) 15 kali. Ketika rukuk bacalah ia sepuluh kali. Ketika kamu angkat kepalamu dari rukuk bacalah ia sepuluh kali. Ketika kamu turun sujud bacalah sepuluh kali. Kemudian bangun daripada sujud; bacalah sepuluh kali, kemudian sujud dan baca ia sepuluh kali, kemudian bangun daripadanya dan membacanya sepuluh, dan begitulah membacanya 75 kali pada setiap rakaat, dilakukannya dengan empat rakaat. Jika mampu hendaklah kamu solat (Tasbih) setiap hari satu kali, jika tak mampu, lakukan pada setiap Jumaat sekali, jika tidak lakukan sebulan sekali dan jika tidak, lakukan sekali seumur hidup kamu.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 124-137. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فَاعْلَمْ إِنَّهُ روى الدَّارقطني بِسَنَدِهِ إِلَى مُوسَى بْنِ عَبْدِ الْعَزِيز، أَنا الحكم ابْن أَبَانٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاس أَن رَسُول الله قَالَ للْعَبَّاس ابْن عَبْدِ الْمُطَّلِبِ: يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلا أُعْطِيكَ أَلا أَمْنَحُكَ أَلا أُحِبُّكَ أَلا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَاهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلانِيَّتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةٍ، فَإِذَا أَفْرَغْتَ مِنَ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنَ السُّجُودِ فتقوله عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثمَّ ترفع رَأسك فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكْعَاتٍ إِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيهَا كُلَّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمْرِكَ مَرَّةً…..وَالْحَاصِل أَن أحاديثها حَسَنَة وَإِن لم تكن صَحِيحه لِكَثْرَة الطّرق وَانْتِفَاء القوادح الَّتِي ذكرهَا ابْن الْجَوْزِيّ تساهلا مِنْهُ وَمن ضعف نظر إِلَى إِفْرَاد الطّرق من غير انضمام بَعْضهَا إِلَى بعض وَمن صحّح أَو حسن نظر إِلَى كَثْرَة الطّرق وأطلع بَعْضهَا على مُقْتَضى الصَّحِيح، فَكَانَ المعتمدان حَدِيثهَا حسن أَو صَحِيح وَأَنَّهَا سنة كَمَا ذكرهَا مَعَ كيفيتها أَئِمَّتنَا فِي كتبهمْ انْتهى.
قلت؛ فَهَذِهِ الْعبارَات الْوَاقِعَة من أَجله الثِّقَات نادت على أَن قَول وضع حَدِيث صَلَاة التَّسْبِيح قَول بَاطِل ومهمل لَا يَقْتَضِيهِ الْعقل وَالنَّقْل بل هُوَ صَحِيح أَو حسن مُحْتَج بِهِ والمحدثون كلهم مَا عدا ابْن الْجَوْزِيّ ونظرائه إِنَّمَا اخْتلفُوا فِي تَصْحِيحه وتضعيفه وَلم يتفوه أحد بِوَضْعِهِ.

Ketahuilah bahawa hadis tentang solat tasbih ini diriwayatkan oleh al-Daraqutni dengan sanadnya yang bersambung kepada Musa bin ‘Abd al-‘Aziz dikhabarkan daripada al-Hakim bin Aban dikhabarkan daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas:
يا عباس يا عماه ألا أعطيك ألا أمنحك ألا أحبك ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله ذنبك أوله وآخره قديمه وحديثه خطاه وعمده صغيره وكبيره سره وعلانيته عشر خصال أن تصلي أربع ركعات تقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وسورة، فإذا أفرغت من القراءة في أول ركعة وأنت قائم قلت سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر خمس عشرة مرة تركع فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشرا ثم تهوي ساجدا فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك من السجود فتقوله عشرا ثم تسجد فتقولها عشرا ثم ترفع رأسك فتقولها عشرا فذلك خمس وسبعون في كل ركعة تفعل ذلك في أربع ركعات إن استطعت أن تصليها كل يوم مرة فافعل فإن لم تفعل ففي كل جمعة مرة فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة فإن لم تفعل ففي عمرك مرة.
Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepada ‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib: Wahai ‘Abbas, wahai pakcik, mahukah aku memberikan kepadamu, mahukah aku mewasiatkan kepadamu, mahukah aku mengurniakanmu, aku sangat suka kepadamu, mahukah aku lakukan untuk kalian sepuluh perkara, apabila engkau lakukan maka diampunkan dosa oleh Allah; awal dan, akhir, yang lama dan yang baharu, yang tersalah dan sengaja, yang besar dan yang kecil dan yang tersembunyi dan yang nyata. Sepuluh perkara; engkau laksanakan solat empat rakaat dengan membaca al-Fatihah dan surah pada setiap rakaat. Seusai membaca surah pada rakaat pertama maka bacalah dalam keadaan berdiri: (سبحان الله, والحمد لله, ولاإله إلا الله, والله أكبر) 15 kali. Ketika rukuk bacalah ia sepuluh kali. Ketika kamu angkat kepalamu dari rukuk bacalah ia sepuluh kali. Ketika kamu turun sujud bacalah sepuluh kali. Kemudian bangun daripada sujud; bacalah sepuluh kali, kemudian sujud dan baca ia sepuluh kali, kemudian bangun daripadanya dan membacanya sepuluh, dan begitulah membacanya 75 kali pada setiap rakaat, dilakukannya dengan empat rakaat. Jika mampu hendaklah kamu solat (tasbih) setiap hari satu kali, jika tak mampu, lakukan pada setiap Jumaat sekali, jika tidak lakukan sebulan sekali dan jika tidak, lakukan sekali seumur hidup kamu…..Kesimpulannya, hadis-hadis ini hasan jika ia tidak sahih oleh sebab jalur yang banyak serta ternafinya sebab kedaifan yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi kerana tasahul (bermudah-mudahan) beliau dalam mendaifkannya dan siapa yang mendaifkannya adalah kerana disebabkan dia melihat kepada setiap jalur secara bersendirian tanpa mengumpulkan kesemua jalurnya. Siapa yang mensahihkan dan menhasankan oleh kerana banyaknya jalurnya sehingga boleh dinaikkan ke status sahih. Muktamadnya, hadis ini hasan ataupun sahih dan ianya sunah seperti yang telah disebutkan bersama tatacaranya yang ditulis oleh para aimmah (ulama) di dalam kitab mereka. [TAMAT] Aku katakan: Apa yang terkandung di sini adalah daripada para [rawi] yang thiqah (dipercayai) yang menyeru bahawa perkataan siapa yang meletakkan hadis solat tasbih mereka selain pendapat Ibn al-Jauzi berbeza pendapat tentang pensahihan dan pendaifan [hadis ini], dan tiada sesiapa pun yang mengatakan kepalsuannya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs