Wahai Abbas! Sesungguhnya Allah telah membuka urusan ini denganku dan ia akan ditutupi oleh seorang lelaki

TEKS BAHASA ARAB

يا عباس إن الله فتح هذا الأمر بي، وسيختمه بغلام من ولدك، يملؤها عدلا كما ملئت جورا، وهو الذى يصلي بعيسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Abbas! Sesungguhnya Allah telah membuka urusan ini denganku dan ia akan ditutupi oleh seseorang lelaki daripada keturunanmu, dia akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, dan dialah yang akan solat dengan Isa AS.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1304, hadis nombor 6663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عمار بن ياسر رضي الله عنه، مرفوعا: يا عباس! إن الله فتح هذا الأمر بي، وسيختمه بغلام من ولدك، يملؤها عدلا كما ملئت جورا، وهو الذى يصلي بعيسى.
[خط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (81)].

(Palsu)
Daripada Ammar bin Yasir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Abbas! Sesungguhnya Allah telah membuka urusan ini denganku dan ia akan ditutupi oleh seseorang lelaki daripada keturunanmu, dia akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kejahatan, dan dialah yang akan solat dengan Isa AS.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 81].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs