Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كيف أنت إذا بقيتَ في قومٍ علِموا ما جهِل هؤلاءِ، وهمُّهم مثلُ هَمِّ هؤلاءِ؟!.
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana dengan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kaum itu seperti kemahuan mereka.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337, hadis no. 6833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، أنه قال ليالي قدم من اليمن وسأله النبي صلى الله عليه وسلم: كيف تركت الناس بعدك؟ قال: تركتهم لا هم لهم إلا هم البهائم. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: كيف أنت إذا بقيت في قوم علموا ما جهل هؤلاء، وهمهم مثل هم هؤلاء؟!. [حل، ((الضعيفة)) (4148)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA bahawa beliau berkata sewaktu tiba dari Yaman dan Nabi SAW bertanya kepada beliau: Bagaimana keadaan orang ramai selepas pemergianmu? Mu'az menjawab: Aku meninggalkan mereka dalam keadaan mereka tidak ada keinginan melainkan seperti keinginan binatang. Lalu Nabi SAW bersabda: Bagaimana dengan kamu jika kamu tetap berada bersama kaum yang tahu apa yang mereka jahilkan dan kemahuan kaum itu seperti kemahuan mereka. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Ḥilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4148]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman