Uthman RA orang yang pertama berhijrah kepada Allah dengan membawa keluarganya

TEKS BAHASA ARAB

إن عثمان لأول من هاجر إلى الله بأهله بعد لوط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Uthman orang yang pertama berhijrah kepada Allah dengan membawa keluarganya selepas Lut AS.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis nombor 9208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: خرج عثمان -رضي الله عنه- مهاجراً إلى أرض الحبشة ومعه رقية بنت رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فاحتبس على النبي – صلى الله عليه وسلم- خبرهم، فكان يخرج يتوكف عنهم الخبر، فجاءته امراة فاخبرته، فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((إنّ عثمانَ لأول مَن هاجر إلى الله بأهلِهِ بَعد لوط)). [طب، ((الضعيفة)) (3181)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Uthman RA keluar berhijrah ke bumi Habsyah dan bersamanya Ruqayyah anak perempuan Rasulullah SAW. Khabar mereka tidak sampai kepada Nabi SAW. Baginda keluar untuk mengikuti berita itu, sehingga ada seorang wanita memberitahunya. Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Uthman orang yang pertama berhijrah kepada Allah dengan membawa keluarganya selepas Lut AS.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3181]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs