Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ عثمانَ لَأَوَّلُ مَنْ هاجر إلى اللهِ بأهلِه بعد لوطٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Uthman orang yang pertama berhijrah kepada Allah dengan membawa keluarganya selepas Lut AS.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis no. 9208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: خرج عثمان -رضي الله عنه- مهاجراً إلى أرض الحبشة ومعه رقية بنت رسول الله - صلى الله عليه وسلم-، فاحتبس على النبي - صلى الله عليه وسلم- خبرهم، فكان يخرج يتوكف عنهم الخبر، فجاءته امراة فاخبرته، فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((إنّ عثمانَ لأول مَن هاجر إلى الله بأهلِهِ بَعد لوط)). [طب، ((الضعيفة)) (3181)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Uthman RA keluar berhijrah ke bumi Habsyah dan bersamanya Ruqayyah anak perempuan Rasulullah SAW. Khabar mereka tidak sampai kepada Nabi SAW. Baginda keluar untuk mengikuti berita itu, sehingga ada seorang wanita memberitahunya. Lalu Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Uthman orang yang pertama berhijrah kepada Allah dengan membawa keluarganya selepas Lut AS.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3181]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman