Uthman menjadi pengantin di syurga dan aku dijemput untuk menghadiri perkahwinannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن ابن عباس قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في منامي على برذون أبلق، فدنوت منه وعليه عمامة من نور معتجرا بها، وفي رجليه نعلان، خضراوان شراكهما من لؤلؤ رطب، بكفه قضيب من قضبان الجنة أخضر، فسلم علي فرددت عليه، وقلت: يا رسول الله، قد اشتد شوقي إليك فأين أنت؟ قال: إن عثمان أصبح عروسا في الجنة وقد دعيت إلى عرسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ibn Abbas berkata: Aku melihat Rasulullah SAW dalam mimpiku di atas seekor kuda berkulit tompok-tompok, lalu aku mendekatinya dan di atas kepala Baginda ada serban yang diperbuat daripada cahaya dalam keadaan berlilit. Pada kaki Baginda ada dua sepatu berwarna hijau. Talinya ialah daripada mutiara dingin. Pada tangan Baginda ada tangkai daripada tangkai-tangkai syurga yang berwarna hijau. Lalu Baginda memberi salam kepadaku dan aku menjawab salamnya. Aku berkata: Wahai Rasulullah, aku sangat merinduimu, di manakah kamu? Baginda menjawab: Uthman menjadi pengantin di syurga dan aku dijemput menghadiri perkahwinannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 342, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي: وقال: في إسناده إبراهيم بن منقوش الزبيدي. وكان يضع الحديث.

Diriwayatkan oleh al-Azdi. Dia berkata: Pada sanadnya terdapat Ibrahim bin Manqusy al-Zubaidi. Dia memalsukan hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs