Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عثمانُ بنُ عفانٍ ولِيِّي في الدنيا والآخِرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Uthman bin Affan ialah waliku di dunia dan akhirat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1812, hadis no. 9136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: عثمان بن عفان ولي في الدّنيا والآخرة.[عبدالله بن أحمد في ((فضائل الصحابة))، ع، ابن حبان في ((المتروكين))، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2408)]
(Palsu) Daripada Jabir RA berkata, Nabi SAW bersabda: Uthman bin Affan ialah waliku di dunia dan akhirat. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Fadhail al-Sahabah, Musnad Abi Ya’la, Ibn Hibban dalam ((al-Matrukin)), Ibn al-Jauzi, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2408]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman