Usap kedua mata dengan telapak jari telunjuk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مسح العينين بباطن أنملتي المسبحتين بعد تقبيلها عند سماع قول المؤذن: أشهد أن محمدا رسول الله، مع قوله: أشهد أن محمدا عبده ورسوله، رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Usap kedua mata dengan telapak jari telunjuk selepas mencium keduanya ketika mendengar kata-kata muazzin: Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah serta kata-katanya: Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabiku.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 168, hadis nombor 300. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا يصح رفعه على ما قال السخاوي.

Tidak sahih secara marfu’ (daripada Nabi) menurut apa yang dikatakan oleh al-Sakhawi.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.