Usamah bin Zaid bin Thabit telah membeli hamba perempuan (yang masih kecil)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اشتری أسامة ابن زید بن ثابت وليدة بمئة دينار إلى شهر. فسمعت رسول الله يقول : «ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت لقمة إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، یا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بیده؛ ((إن ما توعدون لأت وما أنتم بمعجزين))».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Usamah bin Zaid bin Thabit telah membeli hamba perempuan (yang masih kecil) dengan harga 100 dinar hutang selama sebulan. Dan aku mendengar Rasulullah bersabda: “Adakah kamu semua tidak teruja dengan Usamah? Dia membeli hamba perempuan (yang masih kecil) dengan hutang! Sesungguhnya Usamah mempunyai cita-cita yang panjang. Dan demi Tuhan yang diriku yang berada di tangan-Nya! Tidaklah terbuka mataku kecuali aku menyangka kelopak mataku tidak bercantum sehingga Allah mencabut ruhku. Dan tidaklah aku mengangkat pandangan mataku sehingga aku menyedari aku akan mati, dan tidaklah aku makan sedikit kecuali aku menyangka sesungguhnya aku tidak boleh menelannya sehingga aku mati. Wahai anak-anak Adam, jikalau kamu semua sedar akan perkara ini, anggaplah diri kalian sebagai orang mati. Dan demi Tuhan yang diriku yang berada di tangan-Nya: “Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1865, hadis nombor 9410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه-، قال: اشتری أسامة ابن زید بن ثابت وليدة بمئة دينار إلى شهر. فسمعت رسول الله يقول: «ألا تعجبون من أسامة؟! اشترى إلى شهر! إن أسامة لطويل الأمل. والذي نفسي بيده! ما طرفت عيناي إلا ظننت أن شفري لا يلتقيان حتى يقبض الله روحي، ولا رفعت طرفي فظننت أني واضعه حتى أقبض، ولا لقمت لقمة إلا ظننت أني لا أسيغها حتى أغص بها من الموت، یا بني آدم! إن كنتم تعقلون فعدوا أنفسكم من الموتى. والذي نفسي بیده؛ ((إن ما توعدون لأت وما أنتم بمعجزين))». [ابن أبي الدنيا في «قصر الأمل»، ابن عساکر، «الضعيفة» (٤٩٧٧)].

(Lemah) Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, berkata: Usamah bin Zaid bin Thabit telah membeli hamba perempuan (yang masih kecil) dengan harga 100 dinar hutang selama sebulan. Dan aku mendengar Rasulullah bersabda: “Adakah kamu semua tidak teruja dengan Usamah? Dia membeli hamba perempuan (yang masih kecil) dengan hutang! Sesungguhnya Usamah mempunyai cita-cita yang panjang. Dan demi Tuhan yang diriku yang berada di tangan-Nya! Tidaklah terbuka mataku kecuali aku menyangka kelopak mataku tidak bercantum sehingga Allah mencabut ruhku. Dan tidaklah aku mengangkat pandangan mataku sehingga aku menyedari aku akan mati, dan tidaklah aku makan sedikit kecuali aku menyangka sesungguhnya aku tidak boleh menelannya sehingga aku mati. Wahai anak-anak Adam, jikalau kamu semua sedar akan perkara ini, anggaplah diri kalian sebagai orang mati. Dan demi Tuhan yang diriku yang berada di tangan-Nya: “Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu).” [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qasr al-Amal dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 4977]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.