Uruskanlah jenazah sahabat kalian ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جهزوا صاحبكم؛ فإن الفرق فلق كبده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Uruskanlah jenazah sahabat kalian ini, kerana ketakutan telah memecahkan hatinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis nombor 10269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن سعد -رضي الله عنه- قال: إن فتى من الأنصار دخلته خشية من النار، فكان يبكي عند ذكر النار، حتى حبسه ذلك في البيت، فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم، فجاءه في البيت، فلما دخل عليه؛ اعتنقه الفتى وخر ميتاً، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: جهزوا صاحبَكم؛ فإنَّ الفرقَ فلقَ كبِدَه.
[ابن أبي الدنيا في ((الخوف))، ك، هب، ((الضعيفة)) (5300)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa’d RA, beliau berkata: Seorang pemuda daripada golongan Ansar telah diselubungi rasa takutkan neraka. Pemuda itu menangis apabila disebut tentang neraka sehingga dia mengurung diri di rumah. Maka Nabi SAW diberitahu tentangnya, lalu baginda pergi ke rumah itu. Apabila baginda masuk ke dalam rumah, pemuda itu memeluk baginda lalu dia meninggal. Lalu Nabi SAW bersabda: Uruskanlah jenazah sahabat kalian ini, kerana ketakutan telah memecahkan hatinya.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Khauf, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5300]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.