Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جهزوا صاحبَكم؛ فإنَّ الفرقَ فلقَ كبِدَه.
Teks Bahasa Melayu
Uruskanlah jenazah sahabat kalian ini, kerana ketakutan telah memecahkan hatinya.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’d RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis no. 10269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: إن فتى من الأنصار دخلته خشية من النار، فكان يبكي عند ذكر النار، حتى حبسه ذلك في البيت، فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم، فجاءه في البيت، فلما دخل عليه؛ اعتنقه الفتى وخر ميتاً، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: جهزوا صاحبَكم؛ فإنَّ الفرقَ فلقَ كبِدَه. [ابن أبي الدنيا في ((الخوف))، ك، هب، ((الضعيفة)) (5300)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’d RA, beliau berkata: Seorang pemuda daripada golongan Ansar telah diselubungi rasa takutkan neraka. Pemuda itu menangis apabila disebut tentang neraka sehingga dia mengurung diri di rumah. Maka Nabi SAW diberitahu tentangnya, lalu baginda pergi ke rumah itu. Apabila baginda masuk ke dalam rumah, pemuda itu memeluk baginda lalu dia meninggal. Lalu Nabi SAW bersabda: Uruskanlah jenazah sahabat kalian ini, kerana ketakutan telah memecahkan hatinya. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Khauf, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5300]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman