Urusan kita telah menjadi tenang dan baik

TEKS BAHASA ARAB

برد أمرنا وصلح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Urusan kita telah menjadi tenang dan baik.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 998, hadis nombor 5145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بريدة رضي الله عنه قال: كان رسول الله ﷺ لا يتطير ولكن يتفاءل. فركب بريدة في سبعين راكباً من أهل بيته من بني سهم يتلقى رسول الله ﷺ ليلاً. فقال له رسول الله ﷺ: من أنت؟ قال: بريدة. فالتفت إلى أبي بكر فقال: برد أمرنا وصلح ثم قال: ممن؟ قال: من أسلم. قال لأبي بكر: سلمنا ثم قال: ممن؟ قال. من بني سهم قال: خرج سهمك. [عد، ابن عبد البر في الاستيعاب، الضعيفة (4112، 5450)].

(Sangat Lemah) Daripada Buraidah RA,beliau berkata: Rasulullah SAW tidak meramal nasib (percaya kepada petanda) tetapi baginda bersikap optimis. Maka Buraidah menunggang (kenderaannya) bersama kalangan tujuh puluh penunggang daripada ahli keluarganya daripada Bani Sahmin bertemu dengan Rasulullah SAW pada satu malam. Rasulullah SAW bertanya: Siapakah engkau? Dia menjawab: Buraidah. Kemudian baginda berpaling kepada Abu Bakr RA lalu bersabda: Urusan kita telah menjadi tenang dan baik. Kemudian baginda bertanya: Daripada siapa?. Dia (Buraidah) menjawab: Daripada (kabilah) Aslam. Baginda berkata kepada Abu Bakr: Kita telah selamat. Kemudian Abu Bakr bertanya: Daripada siapa?. Beliau berkata: Daripada Bani Sahmin. Baginda bersabda: Panah kamu telah keluar (kamu telah berjaya)”. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Isti'ab. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4112, 545].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.