Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لم يَزَلْ أمرُ بني إسرائيلَ مُعتدِلًا حتى نشأ فيهم المُوَلَّدونَ، أبناءُ سبايا الأُممِ، فقالوا بالرأي، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Urusan Bani Isra'il stabil hinggalah munculnya keturunan-keturunan yang lahir daripada para tawanan, anak-anak hamba wanita daripada bangsa lain. Mereka memberikan pendapat menggunakan akal, lalu mereka sesat dan menyesatkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274 - 1275, hadis no. 6527. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما مرفوعا: لم يزل أمر بني إسرائيل معتدلا حتى نشأ فيهم المولدون، أبناء سبايا الأمم، فقالوا بالرأي، فضلوا وأضلوا. [هـ، ((الضعيفة)) (4336)]
(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr al-'As RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Urusan Bani Isra'il stabil hinggalah munculnya keturunan-keturunan yang lahir daripada para tawanan, anak-anak hamba wanita daripada bangsa lain. Mereka memberikan pendapat menggunakan akal, lalu mereka sesat dan menyesatkan. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4336]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman