Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أخذ على القرآنِ أَجْرًا، فقد تَعَجَّلَ حسناتِهِ في الدنيا، والقرآنُ يُخاصِمُهُ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengambil upah atas al-Qur'an, maka dia telah menyegerakan balasan kebaikannya di dunia dan al-Qur'an akan menentangnya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419, hadis no. 7205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أخذ على القرآن أجرا، فقد تعجل حسناته في الدنيا، والقرآن يخاصمه يوم القيامة. [حل، ((الضعيفة)) (1422)]
(Munkar) Daripada Ibn 'Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil upah atas al-Qur'an, maka dia telah menyegerakan balasan kebaikannya di dunia dan al-Qur'an akan menentangnya pada hari kiamat. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1422]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman