Untuk para sahabatku, bagi mereka satu detik singkat

TEKS BAHASA ARAB

تكون لأصحابي هنيهة يغفرها الله لهم لصحبتي إياهم، يقتدي بهم من بعدهم يكبهم الله في النار على وجوههم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Untuk para sahabatku, bagi mereka satu detik singkat yang mana Allah ampunkan mereka atas sebab persahabatan mereka denganku. Adapun orang yang mengikuti mereka selepas itu, Allah akan humbankan muka mereka ke dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis nombor 9229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة بن اليمان –رضي الله عنه- مرفوعا: ((تكون لأصحابي هنيهة يغفرها الله لهم لصحبتي إياهم، يقتدي بهم من بعدهم يكبهم الله في النار على وجوههم)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3415)].

(Lemah) Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Untuk para sahabatku, bagi mereka satu detik singkat yang mana Allah ampunkan mereka atas sebab persahabatan mereka denganku. Adapun orang yang mengikuti mereka selepas itu, Allah akan humbankan muka mereka ke dalam neraka. [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3415].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.