Untuk orang seperti Ja’far maka hendaklah menangislah

TEKS BAHASA ARAB

على مثل جعفر فلتبك الباكية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Untuk orang seperti Ja’far maka hendaklah menangislah perempuan yang menangis.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844, hadis nombor 9301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت عميس -رضي الله عنها-، قالت: لما أصيب جعفر، جاءني رسول الله ﷺ وقال: ((يا أسماء! لا تقولي هجرا، ولا تضربي صدرا))، قالت: وأقبلت فاطمة وهو يقول: يا ابن عماه! فقال النبي ﷺ: ((على مثل جعفر فلتبكِ الباكية)). قالت: ثم عاج النبي ﷺ إلى أهله، فقال: ((اصنعوا لآل جعفر طعاما؛ فقد شغلوا اليوم)). [عب، ((الضعيفة)) (٣٨٨٣)]

(Lemah) Daripada Asmā’ binti ‘Umays RA berkata: Apabila Ja’far ditimpa musibah (meninggal dunia), Rasulullah SAW telah datang kepadaku dan berkata: Wahai Asma’, janganlah kamu berkata yang tidak baik dan jangan kamu memukul dada. Asma’ berkata: Fāṭimah telah datang dan Baginda SAW sedang berkata: Wahai sepupu (merujuk kepada Ja’far)! Nabi SAW telah berkata: Untuk orang seperti Ja’far maka hendaklah menangislah perempuan yang menangis. Dia (Asma’) berkata: Kemudian Nabi SAW berpaling kepada ahli keluarga baginda lalu baginda bersabda: Sediakanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka sibuk pada hari ini. [Riwayat ‘Abd al-Razzāq dalam al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3883]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs